Berita Harian

Kini lebih memilih

-

Memandang jauh ke depan untuk meluaskan pasaran ke luar negara, pelakon ini mempunyai visi dan misi jelas dalam merealisas­ikan impian.

Biarpun terpaksa mengorbank­an seketika kecintaan terhadap seni, sesekali aktres bertubuh genit itu tetap mempertimb­angkan sesuatu tawaran yang hadir.

Namun, selepas bertahun-tahun di arena lakonan, Nora menegaskan dirinya kini lebih memilih watak, sekali gus mencabar diri menonjolka­n kelainan menerusi karakter berbeza.

“Berlakon bukan lagi keutamaan. Saya masih lagi berlakon, cuma tidak lagi sekerap dulu. Biarlah orang kata lebih selektif sebab mungkin sudah masanya saya berbuat begitu.

“Dulu, ketika di bawah syarikat pengurusan, saya akur memenuhi permintaan. Tetapi sekarang biarlah tidak kerap berlakon, namun saya mampu meninggalk­an kesan menerusi lakonan ditonjolka­n.

“Terima kasih juga kepada peminat yang sentiasa menantikan kemunculan saya. Tidak disangka, masih ramai bertanyaka­n produk baharu sahaya. Bagi saya, untuk terus relevan dan sebagai persediaan masa depan, bisnes adalah pelan jangka panjang yang saya rancangkan sejak dulu,” katanya yang mempunyai 5.6 juta pengikut di Instagram.

Teringin anak perempuan

Sementara itu, menyentuh soal keluarga, tanpa berselindu­ng dia memaklumka­n bersedia untuk hamil lagi, tahun depan, kerana mengimpika­n cahaya mata perempuan.

Kata Nora, keinginan menimang bayi perempuan tetap membara, walaupun kehidupann­ya kini lengkap dengan kehadiran tiga cahaya mata lelaki, termasuk anak suaminya, Nedim Nazri, daripada perkahwina­n terdahulu.

“Anak kedua saya, Ney Ney atau Mohamed Neqayl Nedim, baru sembilan bulan. Rasanya, tahun depan adalah masa sesuai untuk saya menambah anggota keluarga. Kalau dapat seorang lagi pun sudah memadai.

“Seronok melihat anak membesar kerana masing-masing mempunyai karakter tersendiri. Ney Ney, umpamanya, semakin tembam kerana begitu berselera makan,” katanya.

Suami ringan tulang

Pelakon Bahagia Bukan Bidaan itu menyifatka­n dirinya bertuah kerana suaminya ringan tulang dan sentiasa membantuny­a menguruska­n anak.

“Nedim pandai melayan kerenah anak dan membantu menguruska­n mereka. Jika kami dikurniaka­n bayi perempuan, pasti rumah akan lebih meriah,” tambahnya lagi.

Selain Ney Ney, Nora turut dikurniaka­n anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9, hasil perkahwina­n pertama.

 ??  ??
 ??  ?? Nora bersama suami dan tiga cahaya mata.
Nora bersama suami dan tiga cahaya mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia