Berita Harian

Shima cekal kerah kudrat

Usahakan Warung Teringin sebagai kelangsung­an hidup selepas kerjaya nyanyian suram

- Oleh Hanisah Selamat

Selagi diberikan Allah kudrat, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Shima sedia membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki.

Baginya, populariti yang pernah diraih hanya sekadar pinjaman dan sampai masa, dia harus menerima kenyataan, putaran hidupnya sudah tidak lagi sama.

Namun, kata Shima, ia bukan alasan untuk berpeluk tubuh dan hanya mengharap tuah dalam meneruskan hidup.

Justeru, dia bangkit memulakan kembali langkah dengan mengusahak­an gerai makan berhampira­n kediamanny­a di Damansara Damai, Selangor.

Dinamakan Warung Teringin sempena lagu judul lagu berhantuny­a, perniagaan itu menjadi sandaran baharu penyanyi itu selepas tawaran persembaha­n semakin surut.

Usir malu

Bagi pemilik nama lengkap, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzam­an, 49, tiada istilah segan atau malu kerana dia yakin rezeki ada di mana-mana asalkan rajin berusaha.

“Undangan menyanyi masih lagi diterima, cuma tidak sekerap dulu. Jumlahnya boleh dikira dengan jari, namun saya tidak mahu berputus asa.

“Memikirkan rezeki tidak datang bergolek, saya dan suami bertekad mengusahak­an kedai makan. Untuk permulaan, biarlah secara kecil-kecilan dulu.

“Sebelum ini, kami berusaha mengumpul modal dan kebetulan, kami bertemu lokasi yang sesuai berhampira­n pangsapuri kediaman untuk memulakan perniagaan itu.

“Selepas mendapat lampu hijau daripada pihak pengurusan, baru kami berani berniaga. Ia bermula dari jam 11 pagi hingga 6 petang, namun hanya untuk dibawa pulang,” katanya.

Air tangan dapat pujian

Shima berkata, jika dimurahkan rezeki dan bertemu lokasi yang sesuai, pelanggan berpeluang menikmati makanan yang disediakan dengan lebih selesa.

Penyanyi popular sejak pada 1990an itu bersyukur kerana segala urusan dalam menyediaka­n lauk-pauk turut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia