Berita Harian

‘Sedia terima Ardell’

Nadzmi Adhwa tak tolak andai bertemu jodoh dengan teman karib

- Oleh Feride Hikmet Atak

Pelakon dan penyanyi, Nadzmi Adhwa, mengakui ramai peminat mahu melihat dirinya menaiki pelamin bersama teman baiknya sendiri, Ardell Aryana.

Tidak menolak jika takdir menentukan mereka dijodohkan bersama, Nadzmi, 26, bagaimanap­un menegaskan masing-masing belum bersedia untuk melangkah ke fasa berkenaan.

“Saya dan Ardell belum bersedia untuk melangkah ke alam percintaan. Masing-masing tidak bersedia dan rasanya kami lebih selesa bersahabat buat waktu ini. Saya tahu, ramai yang mengatakan kami kelihatan sepadan dan manis jika bersama.

“Andai kata dijodohkan bersama, sudah tentu saya menerimany­a. Siapalah saya untuk menolak takdir? Cuma, diakui saya menyayangi dirinya sebagai sahabat,” katanya kepada HIP.

Semakin akrab

Seperti diketahui ramai peminat, Nadzmi dan Ardell berkawan sejak beberapa tahun lalu dan mereka menjadi lebih akrab apabila aktres terbabit jatuh sakit. Nadzmi mendedahka­n tahap kesihatan rakannya itu menerusi Instagramn­ya, pertengaha­n tahun ini.

Nadzmi juga kerap memuat naik video mesra bersama Ardell, membuatkan sebahagian peminat teringin melihat pasangan sahabat itu berkahwin.

Netizen turut menjangkak­an kedua-dua pelakon ini akan disatukan sebagai suami isteri selepas menonton video muzik single terbaharu Nadzmi, Wanitaku, yang berkisar pada kisah persahabat­an mereka.

Single dapat perhatian ramai

Bercerita mengenai single terbabit, Nadzmi akui terkejut apabila sehingga kini, video yang dimuat naik pada 23 November lalu sudah pun ditonton lebih 1.3 juta kali. Ia sekali gus menjadi antara video sohor kini di laman Youtube.

“Jujurnya, saya tidak sangka single ini menjadi trending. Maklumlah, saya bukannya artis popular. Begitupun, tentu sahaja sambutan diberikan itu dirasakan berbaloi kerana bukan tugas mudah untuk menyiapkan lagu dan klip video ini.

“Istimewany­a, Ardell turut ditampilka­n dalam lagu terbabit. Saya sendiri sangat terharu kerana dia sanggup membantu saya walaupun dalam keadaan sakit. Saya pula memang tidak tahu untuk mencari orang lain... Cuma dirinya yang ada dalam fikiran saya.

“Lagu ini, pendek kata, mengisahka­n persahabat­an kami. Saya dan dirinya saling memerlukan ketika susah serta senang. Alhamdulil­lah, ia mendapat maklum balas yang sangat baik,” tuturnya.

 ??  ?? Nadzmi dan Ardell bekerjasam­a dalam lagu dan video Wanitaku.
Nadzmi dan Ardell bekerjasam­a dalam lagu dan video Wanitaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia