Berita Harian

Mandzukic bikin Inter Milan merengus

Jaringan tunggal bantu Juventus terus kukuhkan dominasi liga

-

Mario Mandzukic meledak gol tunggal kemenangan 1-0, sekali gus membantu Juventus membantutk­an cabaran Inter Milan untuk mendahului Serie A dengan jurang 11 mata.

Inter kendalian Luciano Spalletti yang menghuni tangga ketiga kini ketinggala­n 14 mata selepas kekalahan pada pertemuan tetangga d’italia itu, serta memberi tamparan hebat kepada harapan mereka untuk memburu gelaran pertama sejak 2010.

Juventus yang belum tewas kini mengumpul 43 mata daripada 15 perlawanan - 11 mata mengatasi Napoli di tangga kedua yang akan bertemu pasukan kelompok bawah Frosinone - dan satu-satunya perlawanan yang menyaksika­n pendahulu itu tercicir mata ialah ketika seri di laman sendiri menentang Genoa.

Tandukan pemain skuad naib juara Piala Dunia, Mandzukic pada minit ke-66 yang berpunca daripada hantaran bekas pemain Inter, Joao Cancelo sudah cukup untuk menjadi pemisah aksi di Stadium Allianz.

“Mandzukic antara pemain yang walaupun bukan pada prestasi terbaiknya, masih mampu mencetus impak dalam perlawanan,” kata pengendali Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Kami sedar kejuaraan tidak berakhir hari ini, tapi kami masih perlu mengelak daripada kekalahan.”

Tidak berhati-hati

Inter mensia-siakan deretan peluang pada babak pertama dalam usaha mereka memburu kemenangan pertama di Turin sejak November 2012.

“Kami berjaya menangani perlawanan dengan cara yang betul dalam tempoh yang lama, tapi kami masih kurang berhati-hati dan ada kalanya bertindak cincai,” kata Spalletti.

“Ia mungkin berbeza jika kami mendahului tapi kami banyak mensia-siakan hantaran, kami melakukan terlalu banyak tindakan basi dan kesilapan bodoh.

“Ada situasi yang mana kami tidak membaca permainan dengan baik manakala Juventus tidak melakukan sebarang kesilapan. Malangnya, Juve bertindak bijak dan kami naif. Ada cara untuk melengahka­n permainan lima minit selepas satu kekasaran.”

Anak buah Spalletti kini berdepan aksi Liga Juara-juara menentang PSV Eindhoven di San Siro, Selasa ini.

Juventus sudah mengesahka­n tempat ke pusingan kalah mati menjelang kunjungan ke laman Young Boys di Switzerlan­d pertengaha­n minggu depan.

 ??  ?? Mario Mandzukic
Mario Mandzukic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia