Berita Harian

Yakin, konsisten ciri penyerang hebat: Drogba

- Oleh Farah Azharie

Kuala Lumpur: Legenda Chelsea, Didier Drogba berkata perbezaan di antara penyerang yang baik dan hebat adalah keyakinan, konsisten dan kebolehan untuk mengulangi­nya semula.

Pemain berusia 40 tahun itu ketika ditemui dalam satu majlis bersama penaja kelab Inggeris, Chelsea, iaitu Yokohama di sini, semalam berkata faktor berkenaan dimiliki pemain terbaik dunia.

Ia termasuk pemenang lima kali anugerah Ballon d‘or, Lionel Messi serta Cristiano Ronaldo.

“Kebolehan untuk mengulang, mengulang, mengulang dan menjadi konsisten, tetapi ia bukan saja untuk penyerang tetapi bagi semua pemain bola sepak. Jadi mudah untuk mendapat musim yang baik,” kata Drogba yang kali terakhir tiba di Malaysia pada 2011 bersama Chelsea.

Ronaldo, Messi istimewa

“Saya dapat melihat ramai pemain yang mengharung­i musim yang hebat di mana pada satu musim mereka menyinar dan pada musim kedua tidak begitu menjadi dan pada musim berikutnya, kita langsung tidak mendengar mengenainy­a mereka lagi. Ada pemain berbakat dan pemain terbaik yang sentiasa melakukann­ya setiap musim untuk 10 ke-15 tahun, dan kerana itulah pemain seperti Ronaldo dan Messi dianggap istimewa,” katanya.

Drogba yang bersara bulan lalu selepas merekodkan 22 penampilan dan meledak 14 gol bersama kelab Amerika Syarikat, Phoenix Rising turut menyifatka­n penurunan prestasi dua penyerang Chelsea, Olivier Giroud dan Alvaro Morata adalah disebabkan keyakinan.

Sementara itu, pemenang dua kali anugerah Pemain Terbaik Afrika dan pemenang empat kali trofi Liga Perdana Inggeris itu berkata, dia mungkin akan beralih arah ke arena pengurusan selepas bersara tetapi masih belum bersedia.

 ??  ?? Drogba berswafoto bersama peminat pada majlis sesi bertemu penyokong Chelsea di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, semalam.
Drogba berswafoto bersama peminat pada majlis sesi bertemu penyokong Chelsea di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia