Berita Harian

Pasang strategi jerat Jerman

Skuad negara tiada pilihan kecuali mengutip mata penuh aksi akhir untuk mara

-

Pakistan yang sekadar tumpas 1-0 kepada Jerman mempunyai peluang lebih cerah untuk meneruskan perjuangan tatkala Malaysia masih dihantui kekalahan besar 7-0 di tangan Belanda.

“Kami tidak mempunyai pilihan selain menggunaka­n taktikal menyerang selagi boleh, dan serangan kilat pada masa sama.

“Jika kami bertahan, kami pasti terjerat dengan pukulan sudut penalti Jerman, yang mana mereka setakat ini amat berkesan dalamnya,” kata Oltmans di sini, semalam.

Pukulan sudut penalti

Apabila ditanya mengenai situasi pukulan sudut penalti negara yang tidak menjadi selepas sekadar menghasilk­an satu gol dalam dua perlawanan.

“Set-piece pukulan sudut penalti kami tidak menjadi sewaktu berdepan Pakistan, dan kami sedang berusaha memperbaik­inya sepanjang tempoh rehat tiga hari dan kini tujuh pengambiln­ya kelihatan lebih selesa,” kata Oltmans.

Skuad Malaysian Tigers mendapat tujuh pukulan sudut penalti ketika menentang Pakistan, namun hanya satu berjaya disudahkan oleh Faizal Saari tatkala banyak set-piece gagal dimanfaatk­an kerana jarang dipraktikk­an pada perlawanan sebenar sebelum ini.

Ia berpunca daripada Oltmans mahu merahsiaka­n setpiece kita dalam usaha mengejutka­n pihak lawan, namun pada akhirnya ia memakan diri sendiri apabila mereka tidak dapat menyudahka­nnya pada hari perlawanan sebenar.

Bagi ketua jurulatih Jerman, Stefan Kermas: “Kami mahu menamatkan saingan di tangga teratas kumpulan dan mara terus ke peringkat suku akhir. Jadi, aksi menentang Malaysia amat penting.

“Kami mempunyai barisan pemain yang bijak dalam membaca perlawanan dan mengubah permainan mengikut kesesuaian situasi, dan inilah kekuatan utama kami.”

 ??  ?? Faizal Saari
Faizal Saari
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia