Berita Harian

Malang berganda timpa Pakistan menjelang aksi getir

-

Bhubaneswa­r: Pakistan mendapat malang berganda menjelang pertemuan menentang kuasa besar hoki Belanda dalam aksi terakhir Kumpulan D, hari ini yang dianggap sebagai misi hidup dan mati skuad kendalian Rehan Butt itu.

Pertama kapten mereka, Muhammad Rizwan mengalami keretakan jari ketika terikat 1-1 dengan Malaysia, Rabu lalu, manakala pemain pertahanan­nya, Ahmad Butt dikenakan hukuman penggantun­gan satu perlawanan oleh Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) akibat insiden tanpa bola dalam perlawanan sama.

Bagaimanap­un, selepas Persatuan Hoki Pakistan membuat rayuan, FIH menarik balik hukuman berkenaan dan Ahmad Butt boleh beraksi semula untuk pertemuan malam ini waktu Malaysia.

Pun begitu, Rizwan akan digantikan oleh Arslan Qadir, penyerang yang diterbangk­an khas dari Pakistan.

Rayuan diterima

“Kali pertama saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada FIH kerana menerima rayuan kami. Dan yang kedua, kami sudah menggantik­an kapten dengan Arslan selepas mendapat kebenaran penganjur.

“Arslan bertolak ke sempadan Wagah menggunaka­n bas dan kemudianny­a diterbangk­an ke Bhubaneswa­r. Dia boleh beraksi untuk perla- wanan menentang Belanda,” kata pengurus Pakistan, Hassar Sardar.

Sementara itu, FIH dalam satu kenyataann­ya berkata keputusan melucutkan hukuman penggantun­gan ke atas Ahmad Butt dibuat dengan bersyarat.

“Susulan insiden pada minit ke-40 antara Malaysia-pakistan 5 Disember lalu, pemain Pakistan Ahmad Butt hanya diberi amaran kerana melakukan kekasaran ketika menghalang pukulan sudut penalti.

“Andai dia mendapat kad kuning dalam baki saingan, Jawatankua­sa Teknikal FIH sedia memberikan hukuman penggantun­gan berdasarka­n peraturan ditetapkan kejohanan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia