Berita Harian

40,000 lagi tiket dijual hari ini

Sebahagian daripada 80,000 habis terjual menerusi atas talian sejak Jumaat

- Oleh Zulfaizan Mansor

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahka­n 40,000 tiket final pertama Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini sudah dijual.

Jumlah itu merangkumi penjualan secara dalam talian yang mula dijual sejak kelmarin hingga pagi semalam sementara baki 40,000 lagi akan dijual secara fizikal di Stadium Nasional dan cawangan Al-ikhsan Sports terpilih, hari ini.

FAM dalam kenyataan semalam berkata penjualan di kaunter tiket pintu A dan pintu E Stadium Nasional akan bermula jam 10 pagi hingga 5 petang atau hingga tiket habis dengan setiap penyokong hanya boleh membeli maksimum lima keping tiket.

Bagi penjualan di cawangan AlIkhsan Sports terpilih pula, FAM berkata: “Sila rujuk Facebook al-ikhsan Sports untuk butiran lanjut.”

Sementara itu, FAM turut membuka kaunter khas di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya buat penyokong Harimau Malaya yang memiliki keratan tiket separuh akhir kedua di Bangkok, Rabu lalu.

Kaunter tiket khas

“Kaunter tiket khas di Wisma FAM ini hanya dibuka pada Ahad (hari ini) iaitu dari 10 pagi hingga 5 petang.

“Bagi pembelian di kaunter khas ini, sila bawa kad pengenalan (Mykad) dan bukti pembelian seperti keratan tiket atau bukti slip pembayaran tiket separuh akhir kedua.

“Jika ia hilang, sila bawa pasport Malaysia anda sebagai bukti keluar masuk ke Thailand untuk ke perlawanan tempoh hari,” kata FAM.

Setiap sekeping tiket separuh akhir kedua di Bangkok itu melayakkan penyokong untuk membeli dua keping tiket tempat duduk terbuka berharga RM40 bagi aksi final pertama.

 ?? [ FOTO NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ /BH ] ??
[ FOTO NSTP/ZUNNUR AL SHAFIQ /BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ribuan penyokong Harimau Malaya sanggup tidur di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi semata-mata tidak mahu terlepas membeli tiket final Piala AFF yang mula dijual jam 10 pagi ini.
Ribuan penyokong Harimau Malaya sanggup tidur di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi semata-mata tidak mahu terlepas membeli tiket final Piala AFF yang mula dijual jam 10 pagi ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia