Berita Harian

‘Saya berjuang bermati-matian’

Harapan Sumareh biarpun keletihan demi kejayaan Harimau Malaya

- Oleh Farah Azharie

masa untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring yang memberi kesan terhadap prestasiny­a.

Namun, pemain sayap berusia 24 tahun itu lebih gembira berbuat demikian jika ia memberi makna yang besar dalam membantu Malaysia.

“Sejujurnya kami keletihan ketika latihan dan di luar latihan, tapi bukan kami saja yang perlu menghadapi­nya, negara lain juga berdepan perkara sama. Kami perlu bekerja keras.

“Kami tidak mengadu yang kami keletihan tapi kami melakukan apa yang kami mampu,” kata Sumareh yang masih belum meledak gol sepanjang Piala AFF.

Tahan kesakitan

“Ia sesuatu yang saya mahu berikan kepada penyokong Malaysia dan saya mungkin perlu menahan kesakitan serta kecederaan kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah.

“Harap tahap kecergasan saya berada pada 100 peratus, tapi jika saya benar-benar tidak boleh beraksi, saya tahu pemain lain yang cergas dan boleh beraksi lebih baik.”

Sumareh berkata, kelemahan terbesar dihadapi Harimau Malaya dalam perlawanan separuh akhir menentang Thailand, Rabu lalu adalah kehilangan tumpuan dalam masa 90 minit perlawanan.

Dia mengakui Harimau Malaya memberi ruang buat Thailand mencipta peluang menjaringk­an gol dan berharap perkara sama tidak berlaku pada aksi final berdepan Vietnam pada Selasa dan 15 Disember ini.

“Saya fikir kami perlu memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang 90 minit kerana sekali kami hilang fokus, kami akan menerima padah,” katanya.

Berbaki dua perlawanan lagi, Sumareh yang belum menamatkan kemarau jaringan sepanjang kejohanan berkata, dia tidak kisah mengenai perkara itu sebaliknya kejayaan pasukan untuk menjulang trofi lebih penting.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia