Berita Harian

Cheng Hoe beri Irfan peluang

-

Nilai: Meskipun Irfan Zakaria dikritik susulan persembaha­n kurang kemas pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2018 bertemu Thailand, namun Tan Cheng Hoe dilihat sedia memberi peluang kedua kepada pertahanan muda itu.

Pengendali skuad kebangsaan menegaskan pertahanan berusia 23 tahun itu menunjukka­n aksi yang baik selepas menggantik­an pemain senior, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang terpaksa dikeluarka­n kecederaan hamstring pada awal babak pertama.

“Seperti Irfan yang menggantik­an Aidil, dia bermain dengan baik walaupun menjaringk­an gol sendiri tetapi ini adalah bola sepak.

“Mungkin kali ini jika dia sekali lagi diturunkan, saya rasa dia sudah memiliki keyakinan yang lebih tinggi dan beraksi dengan lebih baik lagi,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), semalam.

Tidak gusar

Mengulas lanjut persiapan menjelang final, Cheng Hoe menjelaska­n dia tidak gusar sekalipun dua tonggak pasukan itu iaitu Aidil dan Syazwan Andik Mohd Ishak tidak dapat pulih dan cergas sepenuhnya bagi mengharung­i perlawanan final pertama, Selasa ini selain kehilangan khidmat Syahmi Safari yang digantung satu perlawanan.

Malah, dia juga percaya betapa pemain yang akan diberikan tanggungja­wab mengisi kekosongan itu dapat menunjukka­n persembaha­n yang mantap pada perlawanan terbabit.

“Selain dua pemain itu, pemain lain berada dalam suasana yang terbaik. Pemain tidak boleh melepaskan peluang untuk meraih kemenangan pada aksi di laman sendiri.

“Dengan Syahmi tidak dapat diturunkan, kita ada Amirul Azhan Aznan dan mungkin pemain seperti Adam Nor Azlin akan diturunkan,” katanya.

 ??  ?? Irfan Zakaria
Irfan Zakaria

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia