Berita Harian

‘Usah sibuk permainan media sosial’

- Oleh Syafiq Aznan

Nilai: Media sosial dilihat mampu menjadi ‘pembunuh’ kepada fokus pemain skuad negara, menjelang perlawanan akhir Piala AFF 2018 berdepan Vietnam pada Selasa dan Sabtu ini.

Sehubungan itu Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mahukan pemain negara supaya tidak terlalu memikirkan apa yang berlaku di laman media sosial, supaya dapat memberi fokus penuh terhadap aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Katanya, ini bukan masanya untuk mereka bergembira memandangk­an trofi yang diidamkan masih lagi belum berada dalam dakapan mereka.

“Saya ingatkan pemain supaya tidak meraikan apa-apa kerana kita belum lagi sampai ke penghujung­nya. Lupakan segala perkara yang tidak berkaitan.

Datangkan masalah

“Saya juga mahu mereka tidak terlalu melihat media sosial kerana bimbang akan mendatangk­an masalah. Kalau terlalu memuji pun jadi masalah, dan kalau tidak memuji pun akan jadi masalah juga.

“Dua perkara ini yang saya rasa amat mustahak kepada pemain. Harus diingat, kita hanya seri ketika menentang Thailand dan jika kita sekadar menjadi naib juara, kita terlepas peluang untuk mencipta sejarah,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan Malaysia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), semalam.

Dalam perkembang­an sama, Hamidin menegaskan pemain skuad Harimau Malaya sama sekali tidak akan terjejas dengan sebarang bentuk tekanan yang dirasai sambil mengakui perkara sedemikian adalah normal dalam dunia bola sepak.

Beri sokongan

“Semua pihak, tak kira bawahan mahupun atasan mahu memberikan sokongan kepada pasukan dan sentimen sebegini bagus untuk bola sepak. Sudah tentu mereka inginkan kita menjadi juara.

“Bagaimanap­un, saya tahu pemain sudah matang dan cukup faham untuk mengendali­kan tekanan yang ada,” katanya.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN /BH] ?? Hamidin memberikan taklimat kepada pemain Harimau Malaya ketika sesi latihan di USIM, Nilai, semalam.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN /BH] Hamidin memberikan taklimat kepada pemain Harimau Malaya ketika sesi latihan di USIM, Nilai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia