Berita Harian

Thailand ujian pertama Malaysia

Skuad Harimau Malaya ‘universiti’ ingin langsai dendam edisi ke-21

-

Bagai meneruskan bahang kehangatan kejayaan skuad Harimau Malaya ke atas Thailand di Piala AFF, pasukan negara diundi membuka tirai Sukan Universiti ASEAN 2018 (AUG 2018) menentang juara bertahan, Thailand di Stadium Utama Wunna Theikdi, di sini, jam 3 petang esok.

Ia juga sekaligus pertembung­an yang dianggap menarik dan menjadi perhatian utama seluruh kontinjen Malaysia di sini dan mungkin juga kepada peminat bolasepak di tanahair terhadap kemampuan pasukan bola sepak Malaysia pada temasya kali ini.

Perlawanan berkenaan turut dianggap bagaikan misi mempertaha­nkan maruah dan nama baik bola sepak negara seperti yang dilakukan Harimau Malaya beberapa hari lalu.

Sasaran ke final perlu direalisas­ikan selepas pasukan bolasepak negara kali ini dibarisi skuad terkuat gabungan pemain yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia selain pernah mewakili negara pada Sukan Universiti Dunia Taipe 2017 dan Kejohanan Bolasepak Universiti Asia di Seoul 2016.

Persiapan rapi

Maruah bola sepak Malaysia tercalar di AUG Palembang 2014 apabila kecundang 1-4 di separuh akhir kepada Indonesia, sebelum dimalukan oleh Timor Leste 1-2 di separuh akhir ketika AUG Singapura 2016.

Kali terakhir pasukan negara mara ke perlawanan akhir adalah ketika edisi ke-21 di Bangi dan tewas 0-1 kepada Thailand di perlawanan akhir.

Persiapan rapi skuad Malaysia hasil latihan bersama skuad Korea (KUFC) dan kejayaan mencatatka­n kemenangan 1-0 dan seri 1-1 dalam dua siri persaingan yang diatur membangkit­kan semangat baharu pemain-pemain.

“Semoga kita memperoleh kejayaan dan mencipta sejarah di bumi Myanmar, insya-allah, amin” kata pegawai bola sepak negara, Mohd Izwan Khairudin.

Sementara itu, Myanmar memenangi emas pertama temasya AUG 2018 menerusi acara chinlone linking selepas menewaskan Laos, 468-395, dalam perlawanan akhir semalam.

Skuad negara yang menyertai acara ini disaat akhir diwakili Amir Aizat Mohd Roshanizam, Nurhidayat Ar Rashid, Muhammad Saiful Azri, Muhammad Zulhelmi, Muhammad Shahrul Akmal dan Mustaqim Zainurdin. Mereka tewas semua perlawanan.

 ??  ??
 ??  ?? Pasukan bola sepak Malaysia giat berlatih di Nay Pyi Taw, semalam.
Pasukan bola sepak Malaysia giat berlatih di Nay Pyi Taw, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia