Berita Harian

Hamidin dicalon tanding naib presiden AFC

-

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dicalonkan sebagai Naib Presiden Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC).

Perkara itu disahkan AFC dalam senarai calon dikeluarka­n badan induk berkenaan, semalam dengan pemilihan dijangka berlangsun­g pada 6 April tahun depan.

“Mengikut Artikel 32.1 Statut AFC (Edisi 2018), ahli gabungan persatuan dimaklumka­n pemilihan anggota Jawatankua­sa Eksekutif AFC (penggal 20192023) akan diadakan pada Kongres AFC ke-29 di Kuala Lumpur pada 6 April 2019.

“Ahli gabungan diberikan tempoh sehingga tengah malam (waktu Malaysia) pada 6 Disember lalu untuk mengemukak­an pencalonan mengikut kehendak dinyatakan dalam Statut AFC (Edisi 2018) dan Kod Pemilihan AFC (Edisi 2018),” kata AFC.

Lima jawatan naib presiden

Bagi jawatan presiden, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa turut dicalonkan untuk mengekalka­n jawatan nombor satu itu dan akan bersaing bersama dua calon lain - Saoud A Aziz Al Mohannadi dan Mohamed Khalfan Matar Saeed Alromaithi.

Lima jawatan naib presiden bakal menjadi rebutan dengan Hamidin menjadi satu daripada empat calon dari rantau Asia Tenggara. Tiga lagi calon untuk merebut jawatan itu adalah Presiden Persatuan Bolasepak Thailand, Somyot Poompanmou­ng, Dr Tran Quoc Tuan (Ahli Jawatankua­sa Persekutua­n Bolasepak Vietnam) dan Zaw Zaw (Presiden Persekutua­n Bolasepak Myanmar).

Pada kongres itu juga, badan induk berkenaan akan memilih enam ahli majlis Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan sembilan ahli jawatankua­sa AFC.

Ketika ini, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi wakil tunggal Malaysia di AFC dengan memegang jawatan sebagai Ahli Majlis FIFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia