Berita Harian

Peluang UPP diterima sertai GPS cerah

Permohonan lulus jika tiga perempat parti komponen setuju

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengamalka­n konsensus seperti diguna pakai komponen parti itu ketika bersama Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi menerima kemasukan parti lain dalam gagasan berkenaan.

Ketika era BN Sarawak, Parti Rakyat Bersatu (UPP) pernah menyatakan hasrat menjadi anggota komponen BN negeri, namun dibantah keras Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sekali gus meng- gagalkan UPP diiktiraf sebagai satu komponen.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata sekiranya tiga perempat parti komponen bersetuju menerima kemasukan parti baharu dalam komponen GPS, maka ia diluluskan.

Sistem tiga perempat

“GPS mengguna pakai sistem tiga perempat untuk menerima kemasukan parti baharu menjadi komponen, ini berlainan dengan cara BN yang mengamalka­n konsensus,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidanga­n Luar Biasa Delegasi Parti Rakyat Bersatu (UPP) di Square Plaza di sini, semalam.

Persidanga­n luar biasa berkenaan akan membincang­kan penukaran nama UPP kepada Parti Sarawak Bersatu (PSB), selain pengenalan logo baharu parti berkenaan.

Selain itu, isu penting lain adalah membincang­kan mengenai permohonan masuk menjadi komponen GPS kelima.

Ditanya sama ada ada UPP sudah menyatakan hasrat untuk diterima masuk sebagai komponen GPS, Abang Johari berkata, perkara berkenaan perlu diajukan kepada Presidenny­a, Datuk Seri Wong Soon Koh.

“Itu anda kena tanya Presidenny­a,” katanya.

GPS ditubuhkan pada 12 Jun lalu, selepas BN tumpas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dengan parti berasaskan tempatan itu ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

Tiga komponen mungkin setuju

Berdasarka­n maklum balas Abang Johari yang juga Presiden PBB, ini bermakna peluang UPP diterima sebagai komponen kelima GPS cerah kerana hanya SUPP sahaja yang mungkin melakukan bantahan, dengan tiga lagi parti komponen mungkin bersetuju demi memastikan keutuhan parti membentuk kerajaan negeri.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), UPP bertanding sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN) di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menang lima daripadany­a di Mambong, Opar, Engkilili, Dudong dan Bawang Assan, namun kalah di Pelawan dan Pujut kepada DAP.

UPP ketika ini masih mendapat tempat dalam Kabinet Sarawak dengan Presidenny­a yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Soon Koh, dilantik Menteri Kewangan II negeri dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan e-dagang negeri.

Selain itu, ADUN Mambong yang juga Timbalan Presiden UPP, Datuk Dr Jerip Susil, juga dilantik sebagai Menteri Muda Pengangkut­an, dalam kerajaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia