Berita Harian

Naik taraf Sabah sebagai hab pelanconga­n kesihatan

-

Kota Kinabalu: Kewujudan Pusat Radioterap­i dan Onkologi Hospital Pakar KPJ Sabah diyakini mampu membantu menjadikan negeri ini sebagai hab pelanconga­n kesihatan di rantau ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata penubuhan pusat itu membuka jalan untuk menarik pesakit dari luar negara di rantau ini, khususnya dari Brunei, Indonesia, Filipina dan China.

“Kewujudan Pusat Radioterap­i dan Onkologi Hospital Pakar KPJ Sabah adalah satu kejayaan yang dapat membuka jalan kepada negeri ini untuk dikenali di persada dunia sebagai hab pelanconga­n kesihatan, sekali gus membantu pertumbuha­n ekonomi Sabah.

Tangani kanser

“Penubuhan pusat ini juga akan membantu memberi perkhidmat­an berkualiti tinggi dalam menangani penyakit kanser yang jumlah kesnya semakin meningkat di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Pusat Radioterap­i dan Onkologi pertama Hospital Pakar KPJ Sabah di sini, semalam, menerusi teks ucapan yang disampaika­n Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Paijan.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Christina Rundi dan Presiden serta Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhd, Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Terdahulu, Amiruddin berkata, pembukaan pusat itu sebagai satu lagi langkah positif KPJ Sabah bagi memberikan perkhidmat­an kesihatan terbaik kepada rakyat di negeri ini.

“Ini akan menaik taraf status Sabah sebagai hab penyedia kesihatan yang unggul kepada rakyat di negeri ini dan membuka jalan sebagai hab pelanconga­n kesihatan.

Radioterap­i percuma lima pesakit

“Walaupun KPJ Sabah memberi keutamaan kepada rakyat negeri ini, tetapi kami turut menawarkan khidmat pelanconga­n kesihatan kerana Sabah adalah negeri yang menjana pendapatan tertinggi dalam negara melalui sektor pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata, seramai 480 pesakit kanser mendapatka­n rawatan yang mana 379 pesakit untuk rawatan kemoterapi, manakala selebihnya rawatan radioterap­i tahun lalu.

Sempena pelancaran rasmi pusat itu yang beroperasi sejak Mei tahun lalu, Amiruddin berkata, KPJ Sabah akan memberi rawatan radioterap­i secara percuma kepada lima pesakit kanser yang akan dicadangka­n oleh Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas (HWKKL) menerusi kerjasama antara keduadua hospital berkenaan.

 ?? [ FOTO EDMUND SAMUNTING/BH ] ?? Hashim (dua dari kanan) pada pelancaran Pusat Radioterap­i dan Onkologi pertama Hospital Pakar KPJ Sabah, di Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO EDMUND SAMUNTING/BH ] Hashim (dua dari kanan) pada pelancaran Pusat Radioterap­i dan Onkologi pertama Hospital Pakar KPJ Sabah, di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia