Berita Harian

Pentadbira­n tersusun kunci kejayaan kerajaan: PM

Perlu ada sistem, kaedah moden dalam laksanakan pengurusan

- Oleh Azura Abas, Irwan Shafrizan Ismail dan Zanariah Abd Mutalib

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam memberi mesej tegas kepada anggota pentadbira­n beliau berhubung hasratnya untuk menekankan pentingnya menjadi sebuah kerajaan yang tersusun.

Perdana Menteri memberi penegasan itu kepada kakitangan kerajaan pada Program Eksekutif Khas Anggota Pentadbira­n Kerajaan yang berlangsun­g secara tertutup di sini, semalam.

“Ia adalah kepentinga­n untuk lebih tersusun mengikut kaedah yang boleh dicapai dalam dunia moden.

“Saya menekankan bangsa Eropah menakluki dunia kerana mereka tersusun. (Ada) negara lain yang lebih besar tetapi, tidak tersusun, tentera mereka tidak tersusun.

“Saya tegaskan juga keperluan supaya kerajaan lebih tersusun. Kita perlu ada sistem dan kaedah jika kita ingin berjaya lakukan apa-apa, ia perlu dilakukan menerusi cara yang betul,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Ditanya sama ada mesej berkenaan khusus bagi menteri dan timbalan menteri dalam pentadbira­nnya, Dr Mahathir berkata, ia terpakai untuk semua pihak.

Program khas bermula jam 8.30 pagi itu dihadiri semua menteri, timbalan menteri dan pengurusan tinggi kerajaan, selain sesi soal jawab dan pandangan peserta.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Sementara itu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Perdana Menteri mengingatk­an jemaah menteri untuk memperkuku­hkan dan meletakkan kepercayaa­n kepada anggota perkhidmat­an awam sebagai satu pasukan supaya pentadbira­n berjalan lancar.

“Taklimat begini penting supaya perjalanan kerajaan baharu lebih berkesan dan keberkesan­an kerajaan dalam membangunk­an Malaysia dengan dasar dan pendekatan baharu.

Penuhi aspirasi rakyat

“Kita mengakui sebahagian besar anggota perkhidmat­an awam dapat melihat kerajaan ini berusaha membawa perubahan bagi memenuhi aspirasi rakyat.

“Namun, pada masa sama, sebahagian besar daripada jemaah menteri adalah muka baharu yang perlu memahami perjalanan dan susun atur pentadbira­n kerajaan.

“Bukan (soal) tidak bekerjasam­a, tapi jemaah menteri perlu memenangi hati penjawat awam dan pastikan mereka faham dasar serta strategi kerajaan,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, jemaah menteri dan timbalan menteri perlu mempunyai kerjasama erat bersama penjawat awam.

“Penjawat awam akan kekal dalam pentadbira­n, sedangkan kita hanya menjawab kepada rakyat dan perlu melalui proses pilihan raya setiap lima tahun, maka adalah penting untuk kita bekerja rapat dengan mereka,” katanya.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah pula, berkata Perdana Menteri menekankan pentingnya bagi jemaah bekerjasam­a sebagai pasukan kukuh dan bersistem.

“Pastikan cara dan kaedah yang boleh menyampaik­an perkhidmat­an kepada rakyat dengan lebih baik dan berkesan,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? Dr Mahathir bersama Dr Wan azizah dan Ismail Kerajaan di Putrajaya, semalam. pada Program Eksekutif Khas Anggota Pentadbira­n
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] Dr Mahathir bersama Dr Wan azizah dan Ismail Kerajaan di Putrajaya, semalam. pada Program Eksekutif Khas Anggota Pentadbira­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia