Berita Harian

‘Ada Ahli Parlimen hanya kemuka pendapatan bulanan’

Anwar antara 13 belum isytihar harta kepada SPRM

-

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson adalah antara 13 Ahli Parlimen yang belum mengisytih­arkan harta kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarka­n Portal Pengisytih­aran Harta (https://mydeclarat­ion.sprm.gov.my/), setakat jam 5 petang semalam, ahli parlimen itu yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober lalu, belum mengisytih­arkan jumlah pendapatan bulanan dan aset.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil pada satu majlis di sini semalam, memaklumka­n ada 13 Ahli Parlimen kerajaan belum mengisytih­arkan harta kepada SPRM.

Shafie Apdal belum isytihar

Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Ahli Parlimen Tambun, antara yang belum mengisytih­arkan harta.

Berdasarka­n laman web itu, seramai tujuh Ahli Parlimen PKR masih belum mengisytih­arkan harta.

Selain Anwar, wakil rakyat parti itu yang belum isytihar harta ialah Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (Kapar), P Prabakaran (Batu), Datuk Seri Dr Santhara (Segamat), Awang Husaini Sahari (Putatan), Ali Biju (Saratok) dan Dr Michael Teo Yu Keng (Miri).

Tiga Ahli Parlimen Parti Pri- bumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pula yang belum mengisytih­arkan harta selain Ahmad Faisal ialah Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading). Bagi Parti Warisan Sabah, selain Mohd Shafie, seorang lagi yang belum mengisytih­arkan harta ialah Datuk Rozman Isli (Labuan).

Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran juga belum mengisytih­arkan harta.

Semakan mendapati beberapa ahli parlimen hanya mengisytih­arkan jumlah pendapatan bulanan tetapi tidak mengisytih­arkan jumlah aset.

Mereka termasuk Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (Silam); Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dan Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi), serta R Sanisvara Nethaji Rayer (Jelutong), Wong Tack (Bentong), dan Mordi Bimol (Mas Gading).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia