Berita Harian

Pendidikan antirasuah wajar diperkenal di sekolah

-

Kuala Lumpur: Pendidikan antirasuah wajar diperkenal­kan dalam sukatan pelajaran sekolah rendah seawal Tahun Lima bagi memupuk sikap membenci rasuah dalam kalangan generasi muda.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ia boleh dilaksanak­an melalui subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Beliau berkata, pembelajar­an menerusi buku teks bermula dari bangku sekolah, dapat membantu kanak-kanak membenci dan menolak segala bentuk rasuah.

Terap nilai moral

“Nilai moral perlu diterapkan ketika muda dan apabila tamat pengajian di sekolah atau universiti serta memasuki alam pekerjaan, mereka akan menyedari betapa pentingnya untuk tidak terbabit dalam rasuah.

“Penekanan harus diberikan untuk mendidik anak membenci rasuah sebagaiman­a mereka diajar membenci dadah.

“Kementeria­n Pendidikan diharap mempertimb­angkan cadangan ini kerana ia dapat membantu menanam budaya jujur dan berintegri­ti,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lam Thye berkata, gejala rasuah tidak boleh ditolerans­i kerana ia hanya akan memusnahka­n negara, selain menyusahka­n rakyat dan menyumbang kepada kemerosota­n ekonomi.

Malah, beliau berkata, Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, baru-baru ini turut mengaku bahawa gejala rasuah kini pada tahap membimbang­kan.

“Kita mesti menangani rasuah pada semua peringkat masyarakat, termasuk akar umbi.

“Justeru, kita harus mula dengan berpegang pada prinsip sifar toleransi terhadap rasuah dan berusaha ke arah membentuk budaya antirasuah dari peringkat awal pendidikan,” katanya.

Penekanan harus diberikan untuk mendidik anak membenci rasuah sebagaiman­a mereka diajar membenci dadah. Kementeria­n Pendidikan diharap mempertimb­angkan cadangan ini kerana ia dapat membantu menanam budaya jujur dan berintegri­ti” Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia