Berita Harian

Siasatan SPRM pada peringkat akhir

-

Alor Setar: Kes penyelewen­gan dana khas Menteri Besar tahun lalu membabitka­n seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Kedah, sudah berada pada peringkat akhir siasatan sebelum tindakan susulan dibuat.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, berkata pihaknya akan menyerahka­n kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan bagi tindakan pendakwaan.

“Tahun ini kita ada beberapa kes agak sensitif membabitka­n ahli politik, termasuk bekas ADUN di Kedah yang kini sudah berada pada peringkat akhir siasatan sebelum diserahkan kepada pihak Peguam Negara.

Peguam Negara buat keputusan

“Pihak Peguam Negara kemudian akan membuat keputusan terhadap kes terbabit sama ada akan dituduh di mahkamah atau tidak,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, Mohd Fauzi melancarka­n Hari Anti Rasuah Antarabang­sa peringkat Kedah yang turut dijayakan dengan kerjasama Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM) Kedah.

Ogos lalu, media melaporkan seorang bekas ADUN bergelar Datuk di negeri ini ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan penyelewen­gan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, bekas ADUN berusia 60-an itu dipercayai memohon penggunaan dana itu pada Februari tahun lalu atas alasan bagi penganjura­n sebuah program, namun tidak menggunaka­n wang itu untuk tujuan berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi berkata, bekas ADUN itu adalah antara empat ahli politik di Kedah yang disiasat berhubung kes rasuah.

Dua daripadany­a membabitka­n ahli politik yang disiasat berhubung dakwaan politik wang ketika pemilihan PKR di Kedah, Oktober lalu.

Secara keseluruha­n SPRM Kedah menerima 448 maklumat sepanjang tahun ini sebelum menahan 53 individu termasuk empat ahli politik, enam dari pihak swasta, pegawai kerajaan (30) dan orang awam (13).

Beliau berkata, susulan itu pihaknya membuka 41 kertas siasatan yang disiasat mengikut Seksyen 16, 17, 18 dan 23 Akta SPRM 2009.

5 ADUN UMNO dipanggil Ipoh,

Sementara itu, di Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus, berkata pihaknya tidak menolak kemungkina­n memanggil semula lima ADUN UMNO bagi melengkapk­an siasatan berhubung dakwaan wujud gerakan menjatuhka­n Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

SPRM juga katanya, mungkin memanggil Ahmad Faizal sekiranya siasatan dijalankan memerlukan kenyataann­ya diambil.

Setakat ini tiada individu lain dipanggil selepas pihaknya mengambil keterangan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad serta lima ADUN parti itu.

“Siasatan masih berjalan dan setakat itulah yang boleh saya beritahu dan kita akan cuba selesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya selepas merasmikan Program Walkabout Perdana sempena Hari Anti Rasuah Antarabang­sa (HARA) 2018 Peringkat Negeri Perak.

Khamis lalu, Saarani serta lima ADUN UMNO dipanggil memberikan keterangan selepas ADUN Kota Tampan itu mendedahka­n mempunyai lima akuan bersumpah (SD) daripada lima ADUN berkenaan berhubung gerakan menjatuhka­n Ahmad Faizal yang cuba dilakukan seorang EXCO kerajaan negeri.

Lima ADUN UMNO berkenaan ialah ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; Datuk Sham Mat Sahat (Alor Pongsu), Khairul Shahril Mohamed (Bota), Maslin Sham Razman (Bukit Chandan) dan Dr Jurij Jalaluddin (Lubuk Merbau).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia