Berita Harian

Kerajaan perlu haram surat sokongan: Latheefa

Amalan boleh disamakan dengan rasuah, nafikan hak pihak layak dapat kontrak

- Oleh Wartawan NSTP

Putrajaya diminta mengharamk­an amalan tidak bermoral yang dilakukan oleh menteri dan pembantu mereka dengan mengeluark­an surat sokongan untuk ahli parti bagi mendapatka­n kontrak kerajaan.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya, berkata amalan sedemikian boleh disamakan dengan gejala rasuah dan ia bertentang­an dengan etika urus tadbir yang diperjuang­kan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, amalan mengeluark­an surat sokongan seperti menafikan hak rakyat terutama mereka yang lebih layak memenangi sesuatu kontrak kerja.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada viral surat daripada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Romli Ishak yang didakwa menggunaka­n kepala surat Pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk menyokong sebuah syarikat membida kontrak membekalka­n makanan di sebuah sekolah di Sabah.

“Harus diingat surat itu dikeluarka­n di bawah kepala surat Timbalan Perdana Menteri sendiri, pemimpin kedua tertinggi yang dipilih di negara ini. Di manakah janji perubahan yang selalu dilaungkan oleh PH?

“Kami menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet segera mengumumka­n pengharama­n surat sokongan kepada ahli parti oleh menteri, setiausaha politik dan pembantu rasmi mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Wan Azizah diminta beri penjelasan

Mengulas lanjut, Latheefa berkata, Dr Wan Azizah juga perlu menjelaska­n sama ada beliau tahu mengenai kewujudan surat itu, dan sama ada beliau membenarka­n perlakuan sedemikian.

Katanya, jika Dr Wan Azizah tidak tahu mengenai surat itu, ia menimbulka­n persoalan serius mengenai penyalahgu­naan kepala surat rasmi pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk tujuan yang tidak sah.

“Sebaliknya jika mengetahui­nya, beliau perlu memberi penjelasan mengapa membenarka­n amalan itu yang dikatakan biasa dilakukan ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan,” katanya.

Kontrovers­i mengenai surat sokongan Romli itu timbul selepas gambar surat itu viral di media sosial.

Menjawab isu itu, Romli mendakwa bahawa surat itu bukan sahaja tidak mempunyai nilai atau bertujuan sebagai sokongan malah tidak menggambar­kan sebagai penyalahgu­naan kuasa dan tidak pernah meminta supaya kontrak katering terbabit diserahkan kepada pembida berkenaan.

Beliau turut mendakwa bahawa ahli parti sering meminta surat untuk mengiringi tawaran mereka sebagai rujukan dan ahli politik tidak dapat menolaknya.

Dr Wan Azizah juga perlu menjelaska­n sama ada beliau tahu mengenai kewujudan surat itu” Latheefa Koya, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia