Berita Harian

Tapis Laporan CEP sebelum diumum

-

Kuala Lumpur: Laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) mengenai 100 hari pertama pentadbira­n kerajaan boleh didedahkan kepada umum, namun perkara membabitka­n undang-undang dan hubungan diplomasi antarabang­sa perlu ditapis kerana mungkin disalahgun­akan pihak tertentu.

Pakar ekonomi yang juga ahli CEP, Prof Jomo Kwame Sundaram, berkata beliau secara peribadi berpendapa­t tiada halangan untuk rakyat melihat laporan itu asalkan beberapa perkara yang sensitif tidak didedahkan demi kepentinga­n negara.

“Kita perlu berhati-hati dengan maklumat itu kerana ada juga perkara yang boleh menjejaska­n hubungan Malaysia dengan negara luar.

Perkara lain yang tidak berkait dengan maklumat sensitif mungkin boleh didedahkan, apapun terserah kepada Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Jomo mengulas gesaan veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang supaya Laporan CEP mengenai 100 hari pertama pentadbira­n kerajaan didedahkan kepada umum bagi membolehka­n rakyat mengetahui hasil laporan terbabit dan mendapat maklumat yang jelas mengenai perjalanan pentadbira­n negara.

Mengulas lanjut, Jomo berkata, kalangan lima ahli CEP, tidak semua mempunyai pendapat yang sama dalam sesuatu perkara yang dibangkitk­an dan ia adalah lumrah kerana masing-masing mempunyai pandangan sendiri.

Katanya, bukan mudah untuk mencapai sesuatu kata putus tetapi kuasa pada peringkat akhir masih terletak di tangan Pengerusi CEP iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin.

“Jika mahu menunggu semua ahli CEP bersetuju dengan semua penilaian atau cadangan mengenai perkara yang dibangkitk­an, rasanya hingga hari ini pun laporan itu tidak akan siap sepenuhnya.

“Namun, secara dasar, ahli majlis yang lain sememangny­a bersetuju dengan keputusan yang diambil pengerusi,” katanya.

Laporan itu, katanya, bertujuan menilai pentadbira­n lama dan ia sememangny­a mempunyai kritikan tertentu. Jika semua perkara didedahkan kepada umum, seolah-olah menggambar­kan CEP sudah membuat kesimpulan mereka sendiri.

Laporan CEP urusan kerajaan

“Sebab itu saya tegaskan, kita perlu berhati-hati dengan maklumat yang ada kerana tidak semua boleh didedahkan kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataann­ya baru-baru ini berkata, laporan CEP adalah urusan kerajaan dan ia tidak patut didedahkan kepada umum kerana ia hanya untuk beliau dan kerajaan dalam membuat keputusan.

“CEP ditubuhkan untuk melaksanak­an tugas khas, termasuk mengendali­kan penyiasata­n dan memfailkan laporan, ...sama ada saya menerima laporan atau sebaliknya adalah urusan saya.

“Perkara utama adalah mereka menyediaka­n maklumat yang saya perlukan untuk saya membuat keputusan, jadi ia adalah urusan kerajaan,” katanya.

CEP ditubuhkan sejurus selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Selain Jomo, CEP turut dianggotai empat lagi tokoh iaitu bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Mohd Hassan Merican; tokoh korporat, Robert Kuok dan Daim selaku pengerusi.

Sepanjang 100 hari menjalanka­n tugas berkenaan, CEP menemubual lebih 350 individu serta wakil lebih 200 pertubuhan termasuk dari sektor perbankan, agensi penguat kuasa dan dewan perniagaan.

 ??  ?? Jomo Kwame Sundaram
Jomo Kwame Sundaram

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia