Berita Harian

PH pandang serius dakwaan laksana dasar ‘menindas’

-

Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) memandang serius kenyataan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), yang mendakwa kerajaan PH melaksanak­an dasar ‘menindas’ seperti dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata berdasarka­n keadaan semasa, beliau tidak beranggapa­n ia akan menghalang PH atau menggagalk­an komitmen parti gabungan untuk menolak semua undang-undang yang zalim.

“Itulah kedudukann­ya yang jelas dinyatakan dalam manifesto (PH) dan kami akan menghormat­i komitmen itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri pertemuan tertutup dengan PKR Sabah, di sini, semalam.

Beliau mengulas pandangan Penasihat SUARAM dan aktivis hak asasi manusia, Kua Kia Soong, yang menyatakan PH sama seperti kerajaan sebelum ini kerana alasan untuk mengekalka­n undang-undang itu sama seperti diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Pada 2 Disember lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaska­n moratorium (penggantun­gan) terhadap Akta Pencegahan Jenayah (POCA), Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah Khas) (SOSMA) dan Akta Hasutan berikutan rusuhan di Kuil Mariamman di Subang Jaya pada 26 November lalu.

Kia Soong juga mendakwa, ketidakupa­yaan untuk mewujudkan pembaharua­n seperti yang dijanjikan adalah disebabkan kawalan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beri mandat kepada Dr Mahathir

Anwar berkata, mereka memberikan mandat kepada Dr Mahathir untuk memimpin PH dan tugas mereka adalah untuk menyokongn­ya dan memastikan kerajaan stabil serta kuat.

“Bagaimanap­un, itu tidak bermakna kita tidak boleh menyatakan atau menyuaraka­n pandangan kita. Seperti yang anda ketahui, saya mempengeru­sikan kaukus (untuk memutuskan dasar parti) bagi pembaharua­n dan pemerintah­an gabungan dengan Lim Kit Siang sebagai timbalan.

“Jadi, isu ini penting dalam pertimbang­an kita. Undang-undang zalim mesti ditolak dan Malaysia baharu akan menjadi waran kepada perubahan politik yang baharu,” katanya.

Anwar berkata, ia termasuk penekanan yang jelas terhadap tadbir urus yang baik untuk menghapusk­an rasuah, perkauman dan ketaksuban agama.

Beliau berkata, ada usaha yang semakin meningkat oleh kumpulan terdesak untuk menyerlahk­an tafsiran ekstremism­e agama dan bangsa.

“Ini tidak boleh dianggap sebagai kecil dan kita perlu mengambil langkah yang mencukupi sebagai keutamaan, dengan penekanan kita terhadap pembanguna­n ekonomi,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia