Berita Harian

‘PM tak hadir beri kelebihan’

Keputusan Dr Mahathir sebabkan semakin ramai sertai program SUHAKAM

-

Oleh Syed Umar Ariff, Mohd Iskandar Ibrahim, Nor Ain Mohd Radhi, Ahmad Suhael Adnan dan Faris Fuad

Keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk tidak menghadiri sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018, semalam memberi kelebihan pada program anjuran Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) itu.

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail, berkata keputusan Perdana Menteri itu menyebabka­n semakin ramai orang tertanya-tanya dan mahu hadir ke program yang berlangsun­g di Padang Timur, di sini.

Ramai tunjukkan minat

“Ramai orang datang bertanyaka­n pelbagai soalan dan menunjukka­n minat dalam pelbagai isu membabitka­n hak asasi manusia dan dewan juga penuh (ketika majlis perasmian),” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018, di sini, semalam.

Sambutan Hak Asasi Manusia 2018 yang dijadualka­n berlangsun­g di Padang Timur, Petaling Jaya, kelmarin ditunda ke semalam atas faktor keselamata­n.

Ia berikutan himpunan kesyukuran meraikan keputusan kerajaan tidak meratifika­si Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), yang diadakan di Dataran Merdeka, kelmarin.

Dr Mahathir yang asalnya dijadualka­n hadir serta merasmikan sambutan Hari Hak Asasi Manusia, menegaskan tidak akan hadir kerana berbeza pendirian dengan SUHAKAM mengenai ratifikasi ICERD.

Sementara itu, ditanya sama ada SUHAKAM ada berdepan kekangan ketika pentadbira­n kerajaan lalu, Razali mengaku berdepan pelbagai cabaran dan kerenah birokrasi dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia.

“Sepanjang saya menjadi Pengerusi SUHAKAM selama tiga tahun, sekali pun saya tidak dapat berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri.

“Terlalu banyak protokol sebelum ini. Nak jumpa mereka macam nak jumpa tuhan,” katanya.

Terus nasihat kerajaan

Selain itu, beliau berkata, SUHAKAM akan terus menasihat kerajaan untuk meratifika­si baki enam konvensyen antarabang­sa yang belum ditandatan­gani Malaysia, termasuk ICERD.

“Ya, sudah tentu. Walaupun kami kecewa (kerajaan tidak akan meratifika­si ICERD), kami belum menyerah kalah.

“Ada ramai individu dalam kerajaan yang mahu kami terus bekerja keras dalam isu ini, jadi kami akan terus menasihati kerajaan (meratifika­si ICERD dan baki instrumen hak asasi manusia lain),” katanya.

Setakat ini, Malaysia hanya meratifika­si tiga daripada sembilan konvensyen antarabang­sa berhubung hak asasi manusia iaitu Penghapusa­n Semua Bentuk Diskrimina­si Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD).

Dr Mahathir dalam ucapannya di Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di New York, menegaskan kerajaan baharu Malaysia berikrar untuk meratifika­si baki instrumen asas PBB yang berkait dengan melindungi hak asasi manusia.

Bagaimanap­un, kerajaan pada 23 November lalu, menyatakan pendirian untuk tidak meratifika­si ICERD, sebaliknya memberi jaminan akan terus mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia