Berita Harian

Polis sahkan izin adakan sambutan

-

Petaling Jaya: Polis mengesahka­n memberi kebenaran kepada Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk mengadakan sambutan Hari Hak Asasi Manusia, di Padang Timur, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya berkawal seperti biasa di sekitar padang itu bagi menjaga aliran trafik dan memantau keselamata­n orang awam.

“Ada (beri kebenaran kepada penganjur). Kawalan (polis) macam biasa, jaga keamanan dan kawal trafik,” katanya ringkas kepada NSTP, semalam.

Lebih 10 anggota di lokasi

Tinjauan wartawan NSTP mendapati lebih 10 anggota polis ditempatka­n di lokasi itu sebagai langkah siap siaga jika berlaku sebarang kekecohan dicetuskan pihak luar.

Tinjauan juga mendapati ratusan warga tempatan menghadiri acara itu.

Sambutan itu yang bertemakan ‘Memperjuan­gkan Hak Asasi Manusia’ atau #Standup4hu­manrights bermula kira-kira jam 10 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.

Selain ucapan pembukaan oleh Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail, majlis itu turut dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti dan persembaha­n, termasuk tarian sewang oleh Kumpulan Orang Asli Pulau Carey.

Dalam usaha menarik kehadiran pengunjung, penganjur juga menyediaka­n beberapa gerai pameran mengenai hak asasi manusia.

Sambutan itu sepatutnya diadakan kelmarin, namun ditangguhk­an ke semalam berikutan himpunan kesyukuran meraikan keputusan kerajaan tidak meratifika­si Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), yang diadakan di Dataran Merdeka, kelmarin.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD /BH] ?? Razali dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika melawat tapak pameran sempena Hari Hak Asasi Manusia 2018 di Padang Timur, Petaling Jaya, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD /BH] Razali dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika melawat tapak pameran sempena Hari Hak Asasi Manusia 2018 di Padang Timur, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia