Berita Harian

Hilang gugup khatan naik 4WD pusing Bangsar

Suara Komuniti BH terharu sambutan menggalakk­an masyarakat setempat

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Kuala Lumpur

Rkeluarga berpendapa­tan rendah atau B40.

Perasaan teruja kelihatan ketika peserta berusia seawal setahun hingga 12 tahun itu dibawa menaiki 4WD sejauh 1.5 kilometer (km) melalui Jalan Bangsar, Jalan Maarof dan Jalan Tandok, sebelum kembali ke Balai Berita Bangsar, di sini, untuk meneruskan acara program.

Agih pulut kuning

Ketibaan peserta di Balai Berita Bangsar disambut dengan agihan pulut kuning oleh pengurusan NSTP diketuai Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

Ahmad Zaini ketika berucap berkata, program Jom Berkhatan adalah sebahagian usaha BH dalam menjayakan tanggungja­wab sosial korporat (CSR), bertujuan mendekatka­n lagi akhbar dan jenama BH dengan masyarakat setempat.

Beliau berkata, program ini diadakan dengan notis singkat, namun pihak Suara Komuniti BH terharu dengan sambutan menggalakk­an diterima daripada komuniti setempat.

“Jom Berkhatan ini julung kali diadakan ini dan berdasarka­n sambutan itu, BH bersedia untuk me- luaskan lagi limpahan manfaatnya dengan meneruskan program sama pada masa depan.

“Peluang berkhatan secara percuma ini sedikit sebanyak diharap dapat mengurangk­an beban kewangan dan perbelanja­an keluarga peserta yang majoritiny­a daripada golongan berpendapa­tan rendah atau B40, khususnya sebelum bermula sesi persekolah­an 2019,” katanya.

Maskot meriahkan suasana

Terdahulu, majlis perasmian program Jom Berkhatan disempurna­kan Abdul Jalil.

Selain Suara Komuniti BH dan Badan Khairat NSTP, program Jom Berkhatan turut mendapat kerjasama Ampang Puteri Specialist Hospital, Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MEDICOM) dan Briged Sukarelawa­n MPB-NSTP.

Kehadiran Sahabat Kool, Hot FM Zoomers dan maskot ‘Hang Omar Timor’ turut memeriahka­n suasana terutama dalam menceriaka­n peserta sementara menunggu giliran untuk berkhatan.

Pengerusi Penganjur Jom Berkhatan, Wan Abdillah Wan Nawi, berkata untuk menyempurn­akan program lima stesen dibuka oleh KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk melancarka­n urusan khatan semua 50 kanak-kanak terbabit.

“Seperti biasa ‘drama’ akan ada dalam setiap program khatan dan untuk memastikan ia tidak berlaku, sukarelawa­n menggunaka­n pelbagai pendekatan untuk memberi keselesaan kepada mereka khususnya ketika menunggu giliran untuk dikhatanka­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Jalil dan Ahmad Zaini bersama peserta program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH, di Balai Berita Bangsar.
Jalil dan Ahmad Zaini bersama peserta program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH, di Balai Berita Bangsar.
 ??  ?? Kehadiran maskot menceriaka­n peserta.
Kehadiran maskot menceriaka­n peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia