Berita Harian

Upah main futsal ‘habuan’ 4 beradik

-

Kuala Lumpur: Macam-macam kaedah digunakan ibu bapa untuk memujuk anak lelaki berkhatan, termasuk menjanjika­n ‘habuan’ tertentu jika bersedia melalui ibadat yang menjadi simbolik melangkah ke alam remaja itu .

Bagi Mohd Erwan Tahir, 35, upah bermain futsal menjadi habuan dijanjikan kepada empat anak lelakinya sekiranya sanggup menyertai program Jom Berkhatan anjuran Suara Komuniti BH dan Badan Khairat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP).

Muhammad Erfan Fudzael, 9, dan tiga adiknya iaitu Muhammad Ezzraq Raffael, 7; Muhammad Ersyad, 6, dan Muhammad Eiman Jibrael, 3, antara 50 kanakkanak lelaki menyertai program terbabit yang berlangsun­g di Balai Berita NSTP Bangsar, di sini, semalam.

“Memang saya dan isteri rancang untuk khatan empat anak lelaki kami serentak tahun ini. Apabila dimaklumka­n NSTP ada anjurkan program ini, saya terus mohon dan tidak sangka pula terpilih.

“Saya agak risau dengan Eiman sebab dia paling kecil. Saya bimbang kalau dia tak berani, tetapi nampak Alhamdulil­lah dia bersemanga­t dan seronok. Harapharap selepas ini tak ada la ‘drama’ sangat,” katanya.

Mengenai habuan, Mohd Erwan berkata, dia menjanjika­n upah bermain futsal kepada anaknya itu asalkan mereka sanggup dan berani untuk berkhatan.

“Sebenarnya saya sudah bawa keempat-empat mereka bermain futsal bersama malam kelmarin dan berjanji akan menyewa gelanggang sama sekali lagi, apabila mereka sembuh selepas berkhatan nanti,” katanya

Keluarga kurang mampu

Program Jom Berkhatan julung kali diadakan bertujuan untuk membantu keluarga kurang berkemampu­an dalam komuniti sekitar Bangsar.

Selain 16 anak kakitangan NSTP dan Media Prima Berhad (MPB), program terbabit turut menarik 34 peserta dari luar khususnya daripada komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan Balai Berita Bangsar.

Ini termasuk Apartment Abdullah Hukum, Apartment Putra Ria, Flet Sri Pahang, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Brickfield­s, PPR Pantai Ria, PPR Seri Cempaka, PP Sri Pantai, PPR Taman Mulia dan Taman Bukit Angkasa.

Menerusi program tanggungja­wab sosial korporat ini, masyarakat turut berpeluang melihat lebih dekat akhbar BH yang menawarkan pelbagai produk menepati cita rasa segenap lapisan masyarakat.

 ??  ?? Peserta empat beradik selepas berkhatan.
Peserta empat beradik selepas berkhatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia