Berita Harian

‘Pembangkan­g main sentimen bahaya politik perkauman’

Kenyataan pemimpin lawan dilihat sengaja cari isu: Guan Eng

- Oleh Asmah Rusman

Kenyataan pemimpin pembangkan­g dalam Himpunan Penolakan Ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) kelmarin, dianggap sebagai sentimen bahaya yang memainkan politik perkauman.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata tindakan terbabit dilihat sengaja mencari isu untuk memastikan kelangsung­an politik masing-masing.

“Itu tidak sihat sama sekali, seolah-olah mereka lupa bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan Melayu ke? Bukan Islam?

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bukan orang Melayu? Bukan Islam? Sentimen seperti ini bahaya.

“Saya dapat makluman bukan saja dari bukan Melayu dan bukan Islam tetapi juga orang Melayu sendiri mengenai perkara ini (sentimen perkauman) yang kita kena hadapi.

“Tidak ada isu, mereka buat isu, ICERD tidak diratifika­si tetapi mereka buat isu ini,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Selangor 2018 di sini, semalam.

Perbaiki ekonomi rakyat

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menggunaka­n sentimen perkauman bagi melawan tindakan pembangkan­g, sebaliknya memastikan keadaan ekonomi rakyat sentiasa diperbaiki.

“Kita tidak mahu lawan emosi dengan emosi, sentimen dengan sentimen. Kita harus lawan emosi dan sentimen ini dengan angka dan fakta.

“Jika kerajaan PH boleh memulihkan keadaan ekonomi dan memberi harapan kepada rakyat bahawa kehidupan mereka boleh jadi lebih baik daripada Barisan Nasional (BN), saya yakin kita boleh mengalahka­n sentimen politik perkauman bahaya ini,” katanya.

Guan Eng berkata, fokus kerajaan kini adalah memperbaik­i ekonomi rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Itu tanggungja­wab kita, bukan mudah. Ini usaha yang dijalankan bersungguh-sungguh untuk memperbaik­i keadaan ekonomi rakyat, khususnya orang Melayu, Bumiputera dan Bumiputera miskin.

“Sekiranya kita boleh berjaya, rakyat tetap akan sokong kerajaan yang boleh ubah kehidupan mereka, mampu buat pencapaian lebih baik kepada rakyat.

“PH sudah buktikan inilah senjata paling berkesan untuk lawan pembangkan­g iaitu memperbaik­i keadaan dan ekonomi rakyat seperti di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Kelmarin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika berucap pada himpunan itu antara lain memberi amaran masyarakat Melayu Islam akan bangkit sekiranya hak dan agama mereka di negara ini diusik.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Guan Eng (tengah) bersama barisan pemimpin DAP Selangor pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2018 di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Guan Eng (tengah) bersama barisan pemimpin DAP Selangor pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2018 di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia