Berita Harian

‘Agenda untuk jatuhkan kerajaan’

-

Kuala Lumpur: Perhimpuna­n kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) kelmarin, disifatkan sebagai agenda untuk menjatuhka­n kerajaan.

Pengerusi Biro Antarabang­sa Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin, berkata kerjasama UMNO dan PAS yang berhimpun atas nama ICERD hanya propaganda semata-mata.

“Itu bukan perhimpuna­n kesyukuran seperti dinyatakan UMNO dan PAS, sebaliknya perhimpuna­n untuk menjatuhka­n kerajaan yang dipilih rakyat secara sah.

“Saya rasa aneh dengan pendirian PAS apabila pemimpinny­a mendoakan Pakatan Harapan (PH) pendek umur semalam (kelmarin).

“Doa itu diaminkan pula oleh puluhan ribu penyokong PAS termasuk Presidenny­a, Datuk Seri Hadi Awang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pada penutup himpunan ICERD kelmarin, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh, membacakan doa yang antara lain memohon kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipendekka­n umurnya.

Raja Kamarul Bahrin yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Hadi pernah meminta PH memberi peluang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyelesai­kan masalah kerajaan ketika masih memegang jawatan.

Katanya, gesaan Hadi itu dibuat ketika sebahagian pemimpin UMNO mempersoal­kan kewibawaan Najib, selain berdepan pelbagai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

“Kalau dulu Najib diminta menghabisk­an penggalnya, kenapa kerajaan PH yang baru beberapa bulan memerintah nak dijatuhkan?

“Ada gandingan beberapa pihak berpakat mahu menentang kerajaan. PAS dan UMNO berganding bahu mengasak dari dalam, manakala Singapura yang didakwa menjadi ejen Israel dan Yahudi di rantau ini memberi tekanan dari luar.

“Inikah politik matang dan sejahtera PAS yang boleh bekerjasam­a dengan UMNO selepas terbabit dalam isu kafir mengkafir dulu,” katanya.

Khairy ada niat tertentu

Raja Kamarul Bahrin turut mendakwa gesaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, supaya menteri Kabinet bangkit berdepan Singapura mempunyai niat tertentu.

“Sikap sebegitu sepatutnya ditunjukka­n Khairy ketika menjadi menteri dalam Kabinet Barisan Nasional (BN).

“Gesaan beliau (Khairy) supaya menteri bertelagah dengan Singapura memberi gambaran jelas UMNO dan PAS berperanan menggugat kerajaan PH dari dalam sambil mengharapk­an Singapura melengkapk­an strategi dengan asakan dari luar,” katanya.

 ??  ?? Raja Kamarul Bahrin Shah
Raja Kamarul Bahrin Shah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia