Berita Harian

Perlu wujud perpaduan tanpa sikap prejudis: Ku Li

Wajar ajak rakyat bukan Melayu ikut serta, kena bekerjasam­a

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Orang Melayu perlu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, tanpa mempunyai sikap prejudis terhadap mana-mana bangsa lain.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata sesuatu perhimpuna­n yang ingin diadakan perlu membabitka­n kaum lain kerana rakyat negara ini hidup dalam masyarakat majmuk tanpa boleh mengetepik­an kaum lain.

Beliau merujuk kepada perhimpuna­n kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), di sekitar ibu negara, kelmarin.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata perhimpuna­n itu disifatkan­nya baik jika mahu menunjukka­n orang Melayu di negara ini bersatu, namun ia lebih baik jika membabitka­n kaum lain.

“Dari satu segi bagus (perhimpuna­n), kesatuan Melayu, tetapi saya lebih suka kalau ada bukan Melayu ramai juga, kita negara yang ‘multiracia­l’ (pelbagai kaum), tak bolehlah Melayu saja.

Kena hidup bersama

“Kita (orang Melayu) kena ajak mereka sama (menyertai perhimpuna­n), asyik kata Melayu Melayu Islam Islam saja, mereka pun tak berani nak masuk (sertai perhimpuna­n).

“Suka tak suka kita kena hidup bersama, kita kena bekerjasam­a, banyak hal kita kena bertolak ansur, kita tak boleh segala-galanya nak milik untuk kita sahaja, kita kena berkongsi, langit pun kita kongsi, bumi pun kita kongsi, hidup kita kena kongsi, agama masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Resepsi Perkahwina­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari dengan bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 2014, Dyana Sofya Mohd Daud di Kelab Golf Diraja Perak, di sini, semalam.

Sementara itu, ditanya pandangan peribadiny­a mengenai ICERD, Tengku Razaleigh berkata, ICERD boleh diratifika­sikan, namun memerlukan penjelasan lebih terperinci supaya tidak berlaku salah faham.

“Saya rasa ICERD boleh kita terima tetapi barangkali masa ini mesti beri penjelasan yang lanjut kepada rakyat, jangan ada salah faham. ICERD bukan nak rombak perlembaga­an kita, nak buang mana-mana perkara dalam perlembaga­an kita” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia