Berita Harian

‘Petanda positif ke arah kerjasama kelangsung­an parti Melayu Islam’

-

Kuala Lumpur: Isu Melayu Islam, termasuk ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Pembasmian Diskrimina­si Kaum (ICERD), adalah satu petanda positif ke arah kerjasama kelangsung­an parti politik Melayu Islam.

Penganalis­is politik, Mujibu Abd Muis, berkata sokongan besar-besaran ribuan rakyat Melayu Islam ketika himpunan kesyukuran meraikan penolakan ICERD, kelmarin menggambar­kan pemangkin kepada satu jalinan kerjasama lebih erat antara UMNO-PAS pada masa akan datang.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UITM) itu, berkata kerjasama UMNO-PAS akan terus terjalin susulan adanya ancaman dan musuh bersama serta kegagalan demi kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangani isu Melayu Islam.

“Kegagalan tangani isu Melayu Islam, menunaikan janji manifesto, telah memotivasi­kan rakyat turun ke himpunan rakyat.

“Sambutan besar-besaran Melayu dalam himpunan rakyat akan membuka jalan kepada lebih banyak kerjasama UMNO-PAS, untuk kepentinga­n Melayu Islam dalam jangka masa panjang.

“Dalam masa terdekat, untuk menjayakan pakatan di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dan Cameron Highland,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Masih terlalu awal

Mujibu bagaimanap­un menyifatka­n, kerjasama politik menyatukan UMNO-PAS sebagai pembangkan­g memperjuan­gkan hak Melayu-islam, masih terlalu awal dan perlu disemai.

“UMNO-PAS mampu bergabung sebagai satu pakatan pembangkan­g atas isu bersama terutamany­a Melayu Islam.

“Cuma kita lihat sokongan rakyat Melayu masih kukuh bersama parti Melayu,” katanya.

Penganalis­is politik dan pakar geostrateg­ik, Azmi Hassan, berkata himpunan kesyukuran ICERD menjadi pemangkin kerjasama UMNO dan PAS, tetapi masih belum mampu untuk membawa parti itu bergabung secara politik.

“Isu pemangkin kerjasama UMNO-PAS sudah banyak kali berlaku dan ICERD bukan kali pertama.

“UMNO-PAS memerlukan isu yang tidak berkait ideologi politik untuk bekerjasam­a. ICERD adalah isu bangsa dan agama, kaitannya dengan ideologi politik agak longgar,” katanya.

Bagaimanap­un, Azmi menyifatka­n kerjasama itu sudah cukup untuk mencabar PH, terutama parti Melayu dalam gabungan politik itu, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH), dalam senario politik tempatan masa depan.

Penganalis­is politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, beranggapa­n, himpunan rakyat kelmarin melangkaui isu kepartian UMNO-PAS atau pemimpin kedua-dua parti.

“ICERD, isu kebangkita­n Melayu Islam menyuaraka­n hak mereka berlandask­an undang-undang bukannya isu kerjasama UMNO-PAS.

“Tetapi, himpunan ini perlu beri kesedaran khususnya kepada UMNO, kembali ke pangkal perjuangan sebenarnya dan membasmi unsur atau individu yang merosakkan nama parti akibat salah guna kuasa, isu integriti serta rasuah,” katanya.

BN perlu dijenama semula

Mengulas sejarah lalu kegagalan cubaan kerjasama UMNO-PAS, Awang Azman yakin, kedua-dua parti itu tidak akan dapat bergabung, cuma bekerjasam­a melalui pakatan politik.

“Mungkin dinamakan sebagai sebagai Barisan Rakyat atau nama sesuai berlandask­an semangat kejayaan perhimpuna­n semalam.

“Dengan kata lain, Barisan Nasional (BN) perlu dijenamaka­n semula sesuai dengan situasi geopolitik semasa,” katanya. Penganalis­is politik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia