Berita Harian

Kesamarata­an hapus jati diri bangsa

-

University yang cukup tersohor dengan keilmuan mereka itu sebagai mundur?

Baru-baru ini, pasukan peguam bela yang mewakili Harvard University dalam penghujaha­n penggulung­an mempertaha­nkan sistem permohonan masuk ke universiti itu yang dinilai berdasarka­n kaum menyatakan bahawa, penerimaan berdasarka­n kuota kaum juga amat penting kerana merujuk kepada komposisi kaum sedia ada di Amerika Syarikat (AS).

Jika perkara kecil ini dianggap remeh, bayangkan kesan kepada negara pada masa akan datang apabila penghasila­n cendekiawa­n menjadi tidak seimbang di antara kaum sedia ada, yang akan mewujudkan jurang sosial dan ekonomi yang lebih makro bentuknya.

Ini secara tidak langsung menunjukka­n AS sebagai sebuah negara yang dikatakan pejuang hak kesamarata­an juga mementingk­an kedudukan kaum untuk kestabilan negara pada masa depan.

Maju dengan acuan sendiri

Kita tidak boleh menafikan Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju yang sama taraf dengan negara lain. Tetapi bukankah lebih baik kalau kita boleh maju dengan menggunaka­n acuan kita sendiri tanpa mengikut sesuatu sistem yang tidak sesuai dengan keadaan masyarakat kita.

Harus diakui usaha menjadi sebuah negara maju beridentit­i sendiri hanya boleh dijayakan dengan pembentuka­n modal insan yang berkualiti dan mempunyai jati diri.

Tanpa kualiti dan jati diri, kejayaan yang bakal dikecap kelak menjadi sia-sia kerana ada nilai yang akan terhakis sehingga tidak mustahil status negara maju yang kita impikan selama ini menjadi sebaliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia