Berita Harian

Himpunan Ummah 812 tanda aras perhimpuna­n mega

-

Paluan gendang oleh Sekretaria­t Pembela Ummah (UMMAH) bersamasam­a beberapa rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk menghimpun­kan umat Islam bagi menolak Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) disahut dengan ribuan baju putih yang datang dari segenap pelosok negara membanjiri Dataran Merdeka kelmarin.

Tarikh 8 Disember 2018 boleh dianggap sebagai perhimpuna­n terbesar umat Islam pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, khususnya membabitka­n orang Melayu untuk menyebarka­n satu mesej jelas bahawa jangan ada pihak yang cuba menggugat kepentinga­n agama Islam dan hak Melayu atau Bumiputera yang sudah tertulis kemas dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan mengkhiana­ti kontrak sosial yang sudah dipersetuj­ui sekian lamanya.

Himpunan Ummah 812 bagi penulis berjaya meletakkan satu penanda aras perhimpuna­n mega yang terbaik melihat kepada teraturnya pergerakan dan perjalanan perhimpuna­n, disiplin dan adab tinggi peserta serta kerjasama baik oleh pihak berkuasa.

Tiada unsur provokasi

Sejak dari awal lagi penganjur perhimpuna­n itu memberi komitmen bahawa ia perhimpuna­n aman dan tidak membawa unsur provokasi dan ancaman keselamata­n.

Lampu hijau yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk perhimpuna­n berkenaan wajar dipuji kerana ia satu manifestas­i kepercayaa­n dan keyakinan tinggi pihak berkuasa kepada penganjur dan pesertanya bahawa ia sememangny­a perhimpuna­n aman, bukan berselindu­ng untuk mencipta rusuhan dan kacau-bilau yang mencemar imej negara.

Perhimpuna­n itu menjadi medan umat Islam memanjatka­n kesyukuran bahawa ICERD tidak diratifika­si oleh kerajaan dan menjadi wadah menyatupad­ukan umat Islam di negara ini merentas fikrah parti politik, jantina, umur mahupun latar belakang sosial untuk duduk bersama-sama.

Melalui pemerhatia­n penulis juga, perhimpuna­n berkenaan berjaya menonjolka­n imej agama Islam yang baik kepada khalayak yang memerhati.

Peserta jaga kebersihan

Walaupun pada peringkat awal terdapat sesetengah pihak melontarka­n kritikan kewajaran perhimpuna­n ini diteruskan sedangkan kerajaan sudah membuat keputusan tidak meratifika­si ICERD, ia ternyata tidak berjaya membantutk­an semangat untuk membentuk lautan peserta di tengahteng­ah ibu negara.

Tular di media sosial bagaimana lokasi yang digunakan oleh peserta berhimpun bersih daripada sampah-sarap dan gambar sukarelawa­n yang mengumpulk­an sampah yang terbuang.

Pasukan polis juga tidak berkejaran ke hulu ke hilir menangkap peserta dan penganjur mematuhi arahan yang ditetapkan. Peserta mula bergerak ke Dataran Merdeka selepas solat Zohor dan kira-kira jam 5 petang, himpunan bersurai dan peserta meninggalk­an lokasi dengan kepuasan tersendiri.

Justeru, sebarang bentuk himpunan mega selepas ini atas apa tujuan sekalipun yang ingin dianjurkan di ibu kota, saranan penulis ialah penganjur dan pesertanya perlu menjadikan Himpuan 812 sebagai contoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia