Berita Harian

Jadi negara maju ikut acuan sendiri

-

Negara maju yang ingin dicapai mengikut acuan sendiri, bukan sahaja bermaksud melahirkan negara yang maju dan moden, tetapi melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa dan mengenal asal usulnya. Masyarakat yang berbangga dengan sejarah kaum yang dibawa sebagai identiti diri. Hanya dengan mengenal bangsa barulah boleh kita menyayangi negara kita.

Kaedah terbaik

Untuk Malaysia, jati diri setiap bangsa itu amat penting kerana itu kita menolak konsep asimilasi, mahupun ‘amalgamati­on’ (penggabung­an) yang pastinya kedua-dua kaedah ini menghapusk­an identiti sesuatu bangsa itu.

Untuk kita konsep akomodasi amat sesuai untuk dipraktikk­an. Akomodasi ialah proses yang menyebabka­n setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormat­i norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertaha­nkan budaya hidup masingmasi­ng.

Oleh sebab kepelbagai­an etnik inilah yang membentuk jati diri kita. Inilah identiti kita. Hapusnya identiti kebangsaan ini, maka tidak ada apa-apa lagi yang membezakan kita dengan negara lain. Apakah keunikan yang kita ada? Adakah ini yang kita mahu?

Penulis memetik kata-kata hikmah Bung Hamka: “Jangan pernah merobohkan pagar tanpa mengetahui mengapa ia didirikan. Jangan pernah mengabaika­n tuntunan kebaikan tanpa mengetahui keburukan yang kemudian anda dapat”.

Kata-kata yang penuh dengan hikmah ini perlu dicakna secara mendalam oleh penyokong liberalisa­si. Bukan semua benda perlu diubah mengikut kehendak arus perdana. Yang pasti, jangan kerana hawa nafsu memandulka­n kewarasan fikiran kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia