Berita Harian

Kertas Putih FELDA, skandal TH tumpuan sidang Dewan Rakyat

Pindaan AUKU dijangka turut dibentang, dibahaskan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Ahmad Suhael Adnan

Sidang Dewan Rakyat minggu ini bakal menjadi tumpuan apabila Kertas Putih FELDA, skandal Tabung Haji dan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), dijangka dibentang dan dibahaskan.

Kertas Putih FELDA antara yang mencuri tumpuan utama pada baki dua hari terakhir sidang Dewan Rakyat tahun ini apabila ia bakal mendedahka­n kecurangan serius membabitka­n masalah kewangan agensi itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dijangka akan membentang­kan Kertas Putih itu, yang berkemungk­inan mendedahka­n pembabitan individu tertentu yang bertanggun­gjawab menghumban FELDA ke dalam kemelut kewangan serius.

BH sebelum ini melaporkan tiga isu utama yang menyebabka­n FELDA menanggung hutang dan kerugian tinggi. Isu itu dijangka dibangkitk­an melalui Kertas Putih FELDA meliputi kegagalan tadbir urus serius oleh pengurusan terdahulu, kemerosota­n mendadak kedudukan tunai serta isu membelengg­u peneroka.

Penstruktu­ran semula pinjaman FELDA dan anak syarikatny­a juga menjadi satu daripada hala tuju strategik pemulihan agensi itu yang diberi tumpuan dalam laporan interim Kertas Putih.

Yang turut dijangka disebut ialah kegagalan FELDA mengurus keuntungan hasil penyenarai­an FELDA Global Ventures Holdings Bhd atau kini FGV Holdings Berhad (FGV) pada 2012, sehingga terpaksa menanggung hutang besar dengan institusi kewangan.

Selain itu, Kertas Putih FELDA juga dijangka menyentuh perbelanja­an tinggi berkaitan peneroka disebabkan campur tangan politik sehingga menjejaska­n aliran tunai FELDA.

Dedah laporan kewangan 2017

Isu menyelubun­gi Lembaga Tabung Haji (TH) pula akan didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Antara yang akan didedahkan adalah mengenai laporan kewangan 2017 yang didapati bercanggah, termasuk isu keuntungan agensi berkenaan yang diperkatak­an sebelum ini.

Isnin lalu, Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2, yang dibentangk­an di Parlimen mendedahka­n kaedah penetapan dasar susut nilai aset kewangan Tabung Haji (TH) sebagai tidak konsisten dan diubah sebanyak dua kali.

Laporan itu mendapati, TH tidak merekodkan susut nilai berjumlah RM227.81 juta terhadap pelaburan dalam tiga anak syarikat dan tiga syarikat bersekutu, khususnya pelaburan dalam TH Heavy Engineerin­g Berhad berjumlah RM164.58 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.

Pada 30 November lalu, TH turut membuat dua laporan polis terhadap bekas Pengerusin­ya, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta empat pegawai pengurusan kanannya.

Sidang Dewan Rakyat minggu ini juga berkemungk­inan kecoh apabila Speaker bakal memutuskan status Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh, yang sebelum ini dibatalkan kemenangan bagi kerusi disandangn­ya oleh Mahkamah Pilihan Raya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad dan BH, kelmarin.
Keratan akhbar BH Ahad dan BH, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia