Berita Harian

Gesa teruskan siasatan 1MDB antara tujuh resolusi dilulus

-

Petaling Jaya: Konvensyen DAP Selangor 2018 di sini, meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan meneruskan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Parti itu juga menggesa kerajaan Selangor melaksanak­an semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memperluas­kan demokrasi serta memberi peluang calon tempatan memegang jawatan penting dalam Majlis Tempatan.

Resolusi itu juga menggesa Kerajaan Persekutua­n terus komited dalam menghapusk­an Akta Hasutan serta akta lain yang menindas rakyat.

Resolusi itu diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang hadir. Ia diumumkan oleh Speaker, Leong Yu Man, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang.

DAP Selangor dalam resolusi itu juga menyokong penuh Belanjawan 2019 dan akan membantu warga Selangor memahami intipatiny­a dengan mengadakan sesi taklimat, sesi soal jawab dan publisiti.

Ia turut menyeru Kerajaan Persekutua­n melaksanak­an janji Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang mahu memastikan pertambaha­n 10,000 unit bas awam di seluruh negara dalam penggal pertama pentadbira­n sebagai langkah penambahba­ikan sistem pengangkut­an awam sehingga tahap optimum dapat dicapai.

Parti itu juga meminta penerusan pembaharua­n dalam pasukan polis seperti penubuhan Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan perubahan dasar lain bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap polis.

DAP Selangor turut menggesa pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersama (UEC) setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke universiti awam (UA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia