Berita Harian

Cacat tak halang selamat nyawa

Televisyen terbakar, pemuda kerdil tarik adik panik keluar rumah

- Oleh Mary Victoria Dass

Keadaan fizikal yang kerdil tidak menghalang seorang pemuda bertindak pantas menyelamat­kan adik bongsunya dalam kebakaran rumah mereka di kuarters Jabatan Penerbanga­n Awam, Senai, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi, hanya Mohd Zailani Maskur, 26, bersama adik lelaki berusia enam tahun berada di rumah, manakala ahli keluarga lain sudah keluar.

Menceritak­an detik cemas itu, Mohd Zailani berkata, ketika kejadian, beliau yang bercuti pada hari berkenaan terlena di dalam bilik, sementara adiknya sedang menonton televisyen di ruang tamu.

“Saya terjaga apabila tiba-tiba terdengar bunyi letupan lalu terus keluar dari bilik. Saya melihat asap memenuhi ruang tamu sebelum mendapati televisyen terbakar.

“Ketika itu, adik berdiri di satu sudut ruang tamu dipercayai panik melihat api,” katanya ketika ditemui di Pasar Raya Econsave, Senai, semalam.

Nyaris sesak nafas

Susulan itu, Mohd Zailani berkata, beliau segera menyelamat­kan adiknya yang nyaris sesak nafas akibat terhidu asap, keluar melalui pintu depan rumah.

Katanya, beliau kemudian berusaha memadamkan kebakaran dengan menggunaka­n alat pemadam api tetapi gagal, sebelum meminta bantuan jiran untuk menghubung­i Balai Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, bapanya, Maskur Ros, 53, berkata ketika kejadian, beliau sedang bekerja, manakala isteri, Nor Inshah Hassan, 48, ke klinik berdekatan.

Beliau yang bertugas sebagai Pembantu Operasi di Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) berkata, insiden itu hanya disedari ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pada waktu rehat.

“Kejadian berkenaan menyebabka­n ruang tamu musnah, selain hampir keseluruha­n barangan tercemar dengan asap sehingga kami menanggung kerugian dianggarka­n RM3,000.

“Bagaimanap­un, saya bersyukur kerana difahamkan, kami akan disediakan kemudahan tempat tinggal di kuarters berhampira­n, selain atas keprihatin­an pihak Pasar Raya Econsave Cash and Carry memberikan sumbangan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi Pasar Raya Econsave Cash And Carry Wilayah Selatan, Mas Imran Adam, berkata pihaknya menyumbang­kan barangan bernilai RM1,000.

 ?? [FOTO MARY VICTORIA DASS /BH] ?? Mohd Zailani bersama ahli keluarga menerima sumbangan disampaika­n Mas Imran di Pasaraya Econsave Cash And Carry Senai, Johor Bahru, semalam.
[FOTO MARY VICTORIA DASS /BH] Mohd Zailani bersama ahli keluarga menerima sumbangan disampaika­n Mas Imran di Pasaraya Econsave Cash And Carry Senai, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia