Berita Harian

65 peratus kuota MRSM diisi pelajar B40

Beri peluang kepada pelajar dari kumpulan berkenaan untuk memperoleh pendidikan yang lebih berkualiti

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Kerajaan memutuskan kuota 65 peratus kemasukan baharu ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2019, mesti diisi pelajar dari keluarga berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, berkata kuota disasarkan itu mesti dicapai bagi membuka peluang lebih besar kepada pelajar dari kumpulan berkenaan untuk memperoleh pendidikan yang lebih berkualiti.

“Sebelum ini sukar untuk mencapai tahap 65 peratus kemasukan pelajar MRSM daripada golongan itu, namun menjadi sasaran kita untuk memastikan kuota berkenaan dicapai melalui sesi 2019.

“Untuk itu kita sudah kenal pasti beberapa sebab pelajar dari keluarga B40 memilih untuk tidak memasuki MRSM, biarpun memiliki dan melepasi kelayakan ditetapkan,” katanya kepada BH.

Ditanya mengenai sebab terbabit, beliau berkata satu daripadany­a ialah keputusan kemasukan ke MRSM yang biasanya diumumkan Januari, yang dilihat memaksa keluarga melakukan persiapan baharu buat anak masing-masing sekiranya menerima tawaran terbabit.

“Ketika ini (Januari) banyak keluarga termasuk dari kumpulan B40 sudah sediakan persiapan seperti bayar yuran dan beli buku, jadi sukar untuk ibu bapa buat persiapan (baharu) dari segi kewangan (selepas anak ditawar masuk ke MRSM).

Buat persiapan

“Kalau kita umum (kemasukan) lebih awal, ibu bapa akan dapat buat persiapan dan perancanga­n mengenai persekolah­an anak mereka secara lebih baik," katanya kepada BH.

Sebelum ini Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, menegaskan pihaknya sentiasa memberi keutamaan kepada pelajar dalam kategori B40 dan keluarga berpendapa­tan pertengaha­n (M40) untuk melanjutka­n pengajian di MRSM, namun Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu, Datuk Alexander Nanta Linggi, menegaskan tiada kuota khusus ditetapkan bagi calon daripada kedua-dua kumpulan itu.

Berdasarka­n maklumat, kuota maksimum pengambila­n pelajar baharu untuk 54 MRSM seluruh negara bagi tahun depan adalah 7,760 bagi kemasukan Tingkatan Satu, manakala 2,245 tempat lagi untuk Tingkatan Empat.

Ditanya sama ada kemudahan infrastruk­tur sedia ada mencukupi jika semua kuota 65 untuk pelajar dari keluarga B40 itu dipenuhi, Rina berkata MARA dan kementeria­nnya akan terus berusaha memastikan prasarana mencukupi bagi menampung bilangan permohonan yang semakin ramai setiap tahun, termasuk dari golongan berkemampu­an.

“MARA sedang membangunk­an tiga lagi MRSM baharu iaitu di Bintulu, Sabah serta dua di Kelantan iaitu di Ketereh dan Tanah Merah. Dengan tambahan ini kita akan ada lebih banyak MRSM.

Bangun kemudahan

“Dari segi kemampuan memang cukup, cuma pada masa ini kita beri tumpuan kepada (kemasukan) B40. Bagi MRSM Bintulu contohnya, kita dapat kerjasama dengan PETRONAS membangunk­an kemudahan di sana," katanya. Mengenai keputusann­ya membatalka­n penubuhan MRSM berbayar sebelum ini, Rina berkata, pen- dekatan itu diambil bagi mengelak wujud dua kelompok dalam MRSM.

“Nanti akan wujud stigma kamu masuk MRSM berbayar dan kami tidak berbayar. (Stigma sebegini perlu dielak) baik dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa. Ini yang kita tidak mahu.

“Matlamat MRSM adalah untuk menyediaka­n kemudahan pendidikan kepada semua tanpa mengira kemampuan dan latar belakang keluarga," katanya.

Cadangan penubuhan MRSM berbayar disuarakan menteri terdahulu, berikutan dakwaan kononnya MRSM sudah dimonopoli pelajar dari kalangan keluarga berkemampu­an, sehingga menyebabka­n kumpulan B40 sukar memperoleh tempat di sana.

 ??  ?? Azhar Abdul Manaf
Azhar Abdul Manaf
 ??  ?? Rina Harun,
Menteri Pembanguna­n Luar Bandar
Rina Harun, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia