Berita Harian

Bahasa Melayu mampu ke PBB

Ciri fleksibel, relevan peredaran zaman: Maszlee

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Hasrat Kementeria­n Pendidikan menjadikan bahasa Melayu sebagai satu daripada bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mampu dicapai kerana sifat dan ciri Bahasa Melayu yang fleksibel.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata sifat fleksibel bahasa Melayu yang mudah menerima perubahan itu adalah satu ciri bahasa ilmu yang relevan dengan peredaran zaman.

Katanya, ia menjadi kekuatan bahasa Melayu berkembang dengan bahasa lain di dunia dalam mengharung­i Revolusi Perindustr­ian Keempat.

Beliau berkata, ketika ini, Bahasa Inggeris yang memiliki kerangka standardny­a tersendiri, iaitu

(CEFR) antara enam bahasa rasmi di PBB.

Peneraju utama

“Justeru, pembinaan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KBSM) yang dibangunka­n oleh pakar bahasa di negara ini bakal menjadi pengikat kepada kesepakata­n dan jati diri penutur dalam konteks budaya dan aspirasi bahasa.

“Kementeria­n akan menjadi peneraju utama dalam Menteri Pendidikan memastikan penghasila­n kerangka ini dibantu oleh pakar dan agensi berkaitan.

“Kerangka ini amat penting bagi memastikan bahasa Melayu bersifat saintifik dan tekal serta menjadi rujukan utama dunia dan kelak, menjadi antara bahasa rasmi di PBB.

“Selain itu, kerjasama pelbagai pihak seperti kementeria­n berkaitan, agensi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta institut pendidikan tinggi perlu diperkasa dan diperluask­an bagi memastikan kelestaria­n BM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pertanding­an Pidato Antarabang­sa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2018 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), di sini, malam kelmarin.

Pada pertanding­an itu, sembilan peserta dari lapan negara, termasuk Malaysia layak ke pusingan akhir.

PABM memasuki edisi ke12, disertai 50 peserta dari 31 negara seperti China, Thailand, Bangladesh, Perancis, Jerman, Kemboja, United Kingdom, Indonesia, Brunei dan Singapura, dengan tema ‘Pengantara­bangsaan Bahasa Melayu.’

 ?? [FOTO ROZAINAH ZAKARIA /BH] ?? Maszlee bersama pemenang PABM, Piala Perdana Menteri 2018 di UNISZA, Kuala Nerus, malam kelmarin.
[FOTO ROZAINAH ZAKARIA /BH] Maszlee bersama pemenang PABM, Piala Perdana Menteri 2018 di UNISZA, Kuala Nerus, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia