Berita Harian

UPSI sedia tempat guru lanjut sarjana, PHD

-

Shah Alam: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersedia merealisas­ikan saranan Kementeria­n Pendidikan yang mahu majoriti guru di negara ini memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana menjelang 2030.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran, berkata universiti itu akan mengambil langkah proaktif bagi menzahirka­n hasrat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik itu.

“UPSI bersedia membantu dan menyediaka­n tempat kepada guru untuk melanjutka­n pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah.

“Bagi menjimatka­n tempoh pengajian, kita menawarkan beberapa insentif seperti program Smart Master dan Smart PHD, yang lebih efisien dari aspek penjimatan masa pengajian, sekali gus menjimatka­n pembiayaan kewangan guru.

Sasar majoriti guru

“Penuntut Doktor Falsafah dapat menamatkan pengajian selama dua tahun berbanding empat tahun, manakala sarjana hanya setahun berbanding dua tahun,” katanya kepada NSTP.

Khamis lalu, NSTP melaporkan, kerajaan meletak sasaran supaya majoriti guru memiliki ijazah sarjana menjelang 2030.

Bagi mencapai hasrat itu, Dr Maszlee dipetik berkata, beberapa universiti awam (UA) diharap dapat memberi kelonggara­n menukar jam kursus atau latihan dihadiri guru kepada jam kredit pengajian ijazah sarjana.

Mohamad Shatar berkata, selain pemantauan terperinci oleh penyelia, bengkel berstruktu­r disediakan bagi membantu pelajar menyiapkan tesis.

“Kos pengajian pascasiswa­zah tetap sama, tetapi tempoh pengajian lebih cepat, sekali gus menjimatka­n kos perlu ditanggung jika pengajian lebih lama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia