Berita Harian

4 termasuk tiga beranak maut nahas di Lipis

Perodua Myvi bertembung Waja dinaiki lapan penumpang

- Oleh Shahrinnah­ar Latib

Empat termasuk tiga sekeluarga maut manakala dua parah selepas Perodua Myvi bertembung Proton Waja di Kilometer (KM) 16 Jalan Lipis-benta berhampira­n Simpang Taman Jelai di sini, petang semalam.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Proton Waja, Mukhtar Hassan, 52; isterinya, Khatijah Hussin, 61, serta cucu mereka, Ahmad Fakhrul Muslim Ahmad Ridhwan, 2, dari Taman Kelaboran Jaya, Tumpat, Kelantan.

Turut maut adalah pemandu Perodua Myvi yang juga anggota tentera, Muhamad Samsol Kamal Mat Arifin, 22, yang bertugas di Kem Kementah, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superinten­den Azry Akmar Ayob, berkata dalam kejadian jam 3.50 petang, Proton Waja berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari arah Benta, dekat sini, menghala ke Kuala Lipis manakala Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menghala ke Benta.

Tidak lepas pintas

“Bagaimanap­un, sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu Perodua Myvi dipercayai tidak lepas memintas kenderaan lain menyebabka­nnya bertembung dengan Proton Waja yang dinaiki lapan orang termasuk pemandu.

“Akibat kemalangan itu, Khatijah dan Muhamad Samsol Kamal maut di tempat kejadian manakala Mukhtar dan Ahmad Fakhrul Muslim meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lipis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Azry Akmar berkata, mangsa yang cedera parah pula adalah anak Mukhtar, Zalimawati, 34, dan anaknya, Zulaikha Basyirah Ahmad Ridwan, 10, yang kini masih dirawat di zon merah Hospital Kuala Lipis.

“Empat lagi mangsa termasuk isteri kepada anggota tentera (Muhammad Shamsol Kamal) cedera ringan dan turut dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati nahas berlaku di jalan berselekoh ketika hujan renyai-renyai.

“Semua mangsa (yang maut) dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987. Kita minta saksi bebas untuk tampil membantu siasatan kejadian ini,” katanya.

 ??  ?? Anggota bomba bersama orang ramai membantu mangsa kemalangan di KM16 Jalan Lipis-benta berhampira­n Simpang Taman Jelai, petang semalam.
Anggota bomba bersama orang ramai membantu mangsa kemalangan di KM16 Jalan Lipis-benta berhampira­n Simpang Taman Jelai, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia