Berita Harian

Marshal, peserta maraton patah kaki dirempuh

-

Georgetown: Seorang marshal bersama seorang remaja peserta maraton Annual Round The Island Relay Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) patah kaki selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta di Jalan Sultan Azlan Shah, dekat sini, awal semalam.

Kejadian jam 4.10 pagi itu menyebabka­n marshal maraton, Lee Foo Beng, 51, cedera di kepala manakala pembonceng­nya seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, patah kaki.

Mangsa melambung

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superinten­dan Jefri Md Zin, berkata motosikal mangsa dirempuh kereta dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Kejadian menyebabka­n keduadua mangsa melambung dan terbaring di jalan manakala motosikal ditunggang tercampak ke seberang jalan.

“Siasatan awal mendapati jalan terbabit adalah laluan sehala mempunyai tiga lorong dan motosikal itu dipercayai dirempuh dari lorong tengah hingga ke lorong kanan,” katanya.

Katanya, pemandu kereta yang tidak mengalami kecederaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee, berkata pihaknya memandang serius kejadian terbabit dan menjelaska­n acara berkenaan tidak diiktiraf kerajaan negeri.

“Kita sudah menghubung­i penganjur untuk memberi bantuan kepada kedua-dua mangsa,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Polis memeriksa kenderaan yang merempuh seorang peserta maraton dan marshal Annual Round The Island Relay di Jalan Sultan Azlan Shah, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Polis memeriksa kenderaan yang merempuh seorang peserta maraton dan marshal Annual Round The Island Relay di Jalan Sultan Azlan Shah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia