Berita Harian

Harga rumah dijangka terus turun tahun depan

Orang ramai ambil sikap tunggu dan lihat sekurang-kurang sehingga separuh pertama 2019

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Trend penurunan harga rumah dijangka berterusan sehingga tahun depan, kata penganalis­is pasaran hartanah, Faizul Ridzuan.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital Sdn Bhd, berkata perkembang­an itu dapat dijangkaka­n memandangk­an berlaku pertukaran kerajaan buat kali pertama selepas 61 tahun.

Katanya, secara kebiasaann­ya apabila berlaku pertukaran kerajaan, akan berlaku ketidakten­tuan dari segi dasar ekonomi negara pada peringkat awal.

“Orang ramai juga akan menangguh hasrat mereka untuk membeli rumah terlebih dulu kerana mahu melihat sama ada kerajaan baharu ini bersifat mesra dan menggalakk­an rakyat untuk membeli rumah atau tidak.

“Jadi, kebiasaann­ya juga orang ramai tidak akan membeli rumah pada peringkat awal ini. Jangkaan kami, trend ini akan berterusan sekurangku­rangnya sehingga separuh pertama tahun depan,” katanya kepada Bisnes NSTP.

Tambahnya, harga rumah pada separuh kedua 2019 pula akan bergantung kepada Belanjawan 2020.

Tiada peruntukan

“Belanjawan boleh menentukan sama ada harga rumah akan naik atau bakal jatuh. Setakat ini, dalam Belanjawan 2019, tiada peruntukan untuk menggalakk­an orang membeli rumah kecuali untuk pembeli rumah pertama.

“Jadi, disebabkan itu saya jangkakan harga rumah akan jatuh pada tahun depan,” katanya.

Faizul berkata, pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) terhadap beberapa bahan binaan juga tidak banyak membantu mengurangk­an harga rumah.

Saiz lebih kecil

“Saya ramalkan harga rumah baharu tahun depan tidak akan tinggi, tetapi saiznya mungkin dikecilkan.

“Jika dulu rumah dengan tiga bilik dibina pada keluasan 1,200 kaki persegi (kps), tetapi akan datang rumah yang sama tetapi dengan keluasan 750kps untuk dijual pada harga di bawah RM500,000.

“Harga mengikut kaki persegi akan menjadi lebih mahal, tetapi harga untuk sebuah unit menjadi lebih murah,” katanya.

Laporan awal dikeluarka­n Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) mendapati harga rumah di seluruh Malaysia secara purata turun sebanyak RM2,247 pada suku ketiga 2018.

Pada suku berkenaan, secara purata harga rumah di seluruh Malaysia adalah berharga RM414,469 berbanding RM416,716 yang dicatatkan pada suku kedua 2018.

Jika dipecahkan mengikut negeri, penurunan harga itu membabitka­n sembilan negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak manakala selebihnya harga rumah adalah menaik.

Kuala Lumpur menunjukka­n penurunan paling tinggi iaitu sebanyak RM9,715, dari RM788,475 pada suku kedua 2018 kepada RM778,760 pada suku ketiga 2018.

Bagaimanap­un, harga rumah di ibu negara itu masih kekal tertinggi diikuti Selangor (RM478,466); Sabah (RM457,182); Sarawak (RM433,546) dan Pulau Pinang pada RM416,941.

Negeri lain merekodkan harga yang lebih rendah daripada paras kebangsaan (RM414,469) dengan Kelantan masih kekal dengan rekod terendah pada harga RM173,976. RM1,700.00 RM1,690.00 RM1,680.00 RM1,670.00 RM1,660.00 RM1,650.00

 ??  ?? Faizul Ridzuan
Faizul Ridzuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia