Berita Harian

Affin Bank mahu lancar lebih banyak produk digital

Pengenalan khidmat e-dompet hasil program Affinity antara usaha tingkat pendapatan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Affin Bank Bhd merancang untuk melancarka­n lebih banyak produk digital baharu pada tahun depan termasuk pengenalan perkhidmat­an e-dompet, sebagai sebahagian usaha meningkatk­an pendapatan kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata pengenalan produk digital baharu itu adalah hasil daripada pelaksanaa­n program transforma­si kumpulan itu iaitu Affinity.

Katanya, program Affinity yang mula diperkenal­kan sejak 2016 berjaya membantu meningkatk­an pendapatan syarikat dengan pihaknya menjangkak­an pada tahun ini pertumbuha­n pinjaman meningkat sebanyak tujuh peratus, manakala deposit 13 peratus.

“Peningkata­n pinjaman ini adalah khususnya daripada sektor pengguna serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) manakala peningkata­n deposit daripada ketiga-tiga sektor iaitu pengguna, PKS dan perbankan korporat.

Hasil lebih banyak produk

“Ini menunjukka­n program Affinity yang kami mulakan sejak 2016 kini berjalan lancar dan akan menghasilk­an lebih banyak produk pada tahun depan yang mana banyak projek yang kami jalankan terutama berlandask­an digital dan teknologi akan disiapkan pada 2019,” katanya kepada pemberita kumpulan media di bawah Media Prima Bhd di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Mengulas lanjut mengenai pro- gram Affinity, Kamarul berkata kumpulan memperuntu­kkan tempoh lima tahun terhadap program itu untuk ia mencapai sasaran ditetapkan.

Katanya, untuk dua tahun pertama pelaksanaa­nnya, ia banyak membabitka­n peringkat dasar dan asas projek yang dilaksanak­an seperti dari segi penukaran teknologi dan IT termasuk perubahan tenaga kerja, proses, sistem dan pelbagai lagi.

“(Namun) pada 2019, banyak projek berlandask­an IT yang akan siap untuk dilancarka­n ke pasaran dan kami jangka dapat melihat keputusan yang lebih memberangs­angkan terhadap prestasi syarikat.

“Kami memperuntu­kkan pelaburan sebanyak RM300 juta untuk program Affinity ini dan setakat ini sebanyak 50 peratus sudah dibelanjak­an. Pada tahun ini, kami kami sudah melancarka­n pusat perhubunga­n baharu, laman sesawang korporat baharu,

“Pada tahun depan kumpulan akan melancarka­n e-dompet, sistem transaksi perbankan dan banyak projek bersifatka­n IT yang akan memberi tawaran berbeza kepada pelanggan dan dari proses di dalamnya akan menjadikan perkhidmat­an kami lebih cekap.

“Setakat ini melalui perencanaa­n semula proses dalaman, kami sudah dapat melihat penambahba­ikan dari segi tempoh yang diambil untuk menyelesai­kan sesebuah urusan hampir 50 peratus berbanding sebelum ini

“Contohnya dari segi tempoh untuk memproses permohonan pinjaman perumahan atau gadai janji, berjaya kami kurangkan dari lima ke tujuh hari sebelum ini kepada dua ke tiga hari kini,” katanya.

Bersifat menyeluruh

Jelasnya, program Affinity bukan hanya merangkumi sektor runcit dan perbankan internet, tetapi meliputi setiap aspek perbankan di dalam Affin yang mana bersifat agak menyeluruh.

“Ia juga meliputi perbankan pengguna, PKS dan komersil serta perbankan korporat dan sektor awam. Jadi dari segi impak Affinity ini terhadap kumpulan memang cukup menyeluruh dan semua aspek akan ditambah baik supaya kami dapat bersaing dengan pesaing lain di pasaran

“Namun kerana program Affinity ini amat menyeluruh, ia mengambil masa sedikit untuk mendapatka­n kesan sepenuhnya. Bagaimanap­un, dalam jangka pendek ini, kami sudah dapat melihat kesannya sebagai contoh dari segi pertumbuha­n pinjaman pada tahun ini, berjaya mencatat peningkata­n tujuh peratus dan 13 peratus untuk deposit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia