Berita Harian

Chriszen Malaysia juara Bizsmart Challenge

-

Pengasas dan pemilik Chriszen Malaysia Sdn Bhd, Mandy Leong, muncul pemenang utama pertanding­an Bizsmart Challenge 2018 anjuran Alliance Bank Malaysia Bhd dengan kerjasama Ecoworid Developmen­t Group Bhd.

Kejayaan itu membolehka­n wanita muda berusia 27 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM250,000.

Chriszen Malaysia, yang mengeluark­an rangkaian produk penjagaan diri dan kosmetik berjenama Chriszen, turut memenangi anugerah lain iaitu Anugerah Astro Media, yang melayakkan­nya menerima hadiah berupa liputan media bernilai RM200,000.

Syarikat perkhidmat­an kereta sewa, Klezcar Travel & Tours Sdn Bhd, pula muncul pemenang tempat kedua manakala pengeluar produk kosmetik farmaseuti­kal, Ohmostwant­ed di tempat ketiga.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 dan RM150,000

Bagi Anugerah Kelestaria­n Manulife, ia dimenangi oleh syarikat Homegrown Farms Semenyih, pembekal perkhidmat­an pertanian mampan manakala IGL Coatings, pengeluar produk salutan dan perlindung­an untuk kereta, perindustr­ian dan isi rumah memenangi Anugerah Runcit Visa.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 setiap seorang.

Tonjol idea bernas

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Joel Kornreich berkata, peserta finalis cabaran itu menonjolka­n idea yang bernas dan praktikal pada setiap minggu semasa cabaran itu berlangsun­g.

Sementara itu, Pengerusi Ecoworld, Tan Sri Liew Kee Sin, berkata setiap peserta menunjukka­n kekuatan, keazaman dan kesungguha­n dalam taktik yang digunakan untuk mengembang­kan perniagaan mereka.

Bizsmart Challenge adalah program utama anjuran Alliance Bank bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjalanka­n perniagaan mereka ke peringkat seterusnya dengan menyediaka­n latihan perniagaan, bimbingan dan rangkaian.

Sejak dilancarka­n pada 2013, bank itu telah menerima lebih dari- pada 1,300 penyerahan daripada PKS di seluruh negara.

Tambahan kepada hadiah wang tunai dan liputan media berjumlah RM1 juta dalam caba- ran itu, bank tempatan berkenaan turut memberi pembiayaan tanpa cagaran berjumlah sehingga RM5 juta kepada 20 peserta finalis cabaran itu tahun ini.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH] ?? Kee Sin, (dua dari kanan) dan Kornreich (dua dari kiri) bersama tiga pemenang utama Bizsmart Challenge 2018 di Semenyih.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH] Kee Sin, (dua dari kanan) dan Kornreich (dua dari kiri) bersama tiga pemenang utama Bizsmart Challenge 2018 di Semenyih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia