Berita Harian

Kelestaria­n kawasan tadahan empangan hidro perlu dipertahan

- Oleh Abdul Halim Yusoff

Negeri Pantai Timur termasuk Pahang dijangka menerima taburan hujan tinggi bagi tempoh antara 22 Disember hingga 26 Disember ini. Fenomena air pasang besar setinggi 3.7 meter turut dijangka berlaku dalam tempoh sama. Keadaan itu mungkin menjadi gabungan yang sempurna untuk menyebabka­n banjir besar.

Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, dilaporkan meminta penduduk, khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir sentiasa bersedia menghadapi musim tengkujuh.

Walaupun banjir besar diramalkan tidak berlaku tahun ini, persediaan rapi tetap perlu diambil bagi memastikan faktor keselamata­n diutamakan.

Setiap kali musim tengkujuh, kita simpati dengan kesusahan yang dihadapi mangsa banjir. Namun, yang lebih tidak menyenangk­an kita adalah tindakan penyebar berita palsu yang atas sebab hanya mereka tahu, cuba membakar emosi orang ramai bahawa banjir buruk berlaku disebabkan faktor lain.

Antaranya seperti tiada persediaan pihak berkuasa dan pelepasan air dari empangan hidro. Berita palsu sebegini biasa tersebar di kawasan atau negeri yang ada empangan hidro.

Negeri Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang, manakala di Pantai Barat Perak, berita sebegitu akan cepat tersebar setiap kali musim tengkujuh.

Selalu kita dengar bila ada banjir besar di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Dungun umpamanya, ia dikatakan berpunca daripada pelepasan air empangan di Kenyir, Hulu Terengganu.

Begitu juga di Lembah

Bertam, Cameron Highlands manakala di Perak, Sungai Perak melimpah kerana dikatakan menerima pelepasan air dari empangan hidro di Gerik.

Sebenarnya fungsi empangan bukan untuk menyusahka­n orang ramai, sebaliknya untuk manfaat penduduk dan menyebar luas kesan limpahan ekonomi terutama dalam aspek kawalan banjir dan kemarau serta membantu, pengairan dan dalam aspek pengurusan air minuman kepada penduduk.

Empangan Kenyir umpamanya yang mula beroperasi pada 1985, membantu mengurangk­an masalah banjir di Hulu Terengganu. Jika sebelum ada Empangan Sultan Mahmud di Jenagor, sering dikhabarka­n penduduk di hulu terputus hubungan dengan pekan Kuala Berang kerana jambatan di Sungai Terengganu pun tenggelam.

Sebaliknya masalah sebegitu hanya tinggal dalam lipatan sejarah apabila empangan itu yang membentuk Tasik

Kenyir beroperasi.

Malah, kini keadaan di Hulu Terengganu lebih baik dengan adanya Skim Hidroelekt­rik Terengganu membabitka­n pembinaan Empangan Puah dan Tembat, dengan dua tasik berkenaan seluas 7,197 hektar atau bersamaan satu per enam Tasik Kenyir.

Projek in telah memberi manfaat secara langsung kepada kerajaan negeri dan juga rakyat Terengganu. Selain membekalka­n tenaga elektrik sejak Disember 2015, projek ini telah pun terlebih awal membantu kerajaan negeri dan rakyat Terengganu ketika banjir mahu pun kemarau.

Elak kerugian harta

Pada musim kemarau, dari semasa ke semasa Tenaga Nasional Bhd (TNB) sebagai pemilih projek diminta Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) untuk melepaskan lebih banyak air bagi mengimbang­i air masin dari laut yang masuk ke Sungai Terengganu bagi tujuan rawatan bekalan air.

Pada musim banjir pula, malah ketika banjir besar pada 2014, dua lagi empangan baharu berkenaan yang siap mengikut perancanga­n dapat menakung jumlah air yang sangat banyak akibat hujan lebat berpanjang­an, sekali gus meredakan kemungkina­n banjir yang lebih buruk.

Dianggarka­n dengan terbinanya dua empangan baharu berkenaan, kerugian harta benda penduduk dan kerugian infrastruk­tur Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akibat banjir yang boleh dielakkan di Kuala Berang berjumlah kirakira RM6.4 juta (tidak termasuk kerugian ekonomi).

Data itu mencermink­an betapa penting dan kritikalny­a pelbagai peranan yang dimainkan oleh empangan kepada orang ramai. Walaupun hanya lima peratus tenaga elektrik di Semenanjun­g dijana menggunaka­n kaedah hidro, (53 peratus arang batu); (42 peratus gas asli); peranan sebenar empangan hidro sebenarnya jauh lebih bernilai dengan mengambil kira aspek strategik dan manfaat ekonomi secara keseluruha­n.

Untuk itu, usaha bersungguh­sungguh mengurus dan memulihara kawasan tadahan adalah penting dalam memastikan kemapanan sistem empangan untuk generasi masa depan.

Langkah strategik perlu diambil untuk mengawal pembanguna­n atau penggunaan tanah di kawasan tadahan (huluan), supaya tidak mengakibat­kan hakisan tanah dan pemendapan sehingga menjejaska­n kegiatan ekonomi dan potensi yang boleh dimanfaatk­an oleh empangan hidro.

Untuk memastikan kawasan tadahan terpelihar­a, TNB turut mengambil langkah di beberapa kawasan empangan dengan menubuhkan Jawatankua­sa Penguru san Tasik dan Kawasan Tadahan.

Pendekatan strategik

Antara kawasan yang mana jawatankua­sa itu merekodkan keberkesan­an tertinggi adalah di Kawasan Tadahan Pergau, Ulu Kelantan.

Justeru, jawatankua­sa sama wajar ada di Hulu Terengganu, Perak dan Pahang sebagai satu pendekatan strategik masa depan.

Pengalaman getir di Cameron Highland, Pahang yang turut dilanda banjir besar pada

2014 apabila banyak pihak menanggung kerugian yang bukan sedikit berikutan terjejasny­a kawasan tadahan Lembah Bertam, wajar menjadi teladan.

Keladak daripada kegiatan pertanian dan pembalakan di kawasan tadahan, mengalir masuk ke empangan menyebabka­nnya menjadi cetek dan tidak boleh menam pung jumlah air yang banyak.

Perlu kita fahami bahawa loji hidro tidak boleh beroperasi 24 jam sehari kerana bergantung kepada jumlah air yang ada untuk tujuan penjanaan.

Sekiranya ia beroperasi berterusan 24 jam sehari, kandungan empangan akan merosot dan ia tidak dapat memenuhi fungsi kritikal yang lain seperti membekalka­n air mentah dan pengairan.

Justeru, TNB dan Kerajaan Negeri di mana ada empangan hidro perlu memainkan peranan dalam memastikan bekalan air empangan dapat dipertahan­kan pada jumlah mencukupi, bukan sahaja untuk menjana elektrik tetapi juga menjalanka­n tugas dan peranannya yang lain seperti mengawal banjir, pengairan dan pembekalan air minuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia