Berita Harian

CJ Wow Shop pelawa usahawan promosi produk

Platform beli-belah sedia jalin kerjasama dengan jenama tempatan

- Oleh Nabil Basaruddin

ACJ Wow Shop, rangkaian beli-belah dari rumah mahu menarik lebih ramai usahawan tempatan untuk mempromosi­kan produk serta perkhidmat­an di platform serba inovatif itu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kim Yang Hyun, berkata CJ Wow Shop sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama strategik dengan usahawan mahupun jenama tempatan memandangk­an ia mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Beliau berkata, antara jenama tempatan yang mempunyai permintaan serta pembelian tertinggi di CJ Wow Shop adalah MUGEN, Riino, Habibi Noura, Simplysiti, Gmax dan Gintell.

“Misi utama syarikat adalah untuk bekerjasam­a dengan usahawan dan jenama tempatan yang berpotensi tinggi bagi membantu mereka meneroka ke pasaran yang lebih meluas apabila berada di platform ini.

“CJ Wow Shop mempunyai kehadiran yang kukuh dalam pasaran e-dagang di negara ini dan apa yang ditawarkan mempunyai tahap jualan unik tersendiri.

Produk lebih dikenali

“Malah, platform ini juga akan membantu dari segi penjenamaa­n di mana produk oleh usahawan atau jenama itu akan lebih dikenali ramai.

“Sebagai contoh, jenama Habibi Noura mencatatka­n jualan sehingga RM5 juta dan ia membuktika­n platform ini adalah inisiatif jualan yang berjaya.,” katanya kepada Bisnes NSTP di Shah Alam, baru-baru ini.

CJ Wow Shop menawarkan lebih 1,500 unit penyimpana­n stok (SKU), yang mana setiap minggu 250 SKU akan dipromosik­an pada tempoh ia bersiaran di seluruh Rangkaian Televisyen Media Prima.

Yang Hyun berkata, secara purata kira-kira 20 produk atau SKU baru akan berada dalam senarai jumlah SKU CJ Wow Shop pada setiap bulan sekali gus menyediaka­n pelbagai tawaran untuk pembeli.

“Dalam masa terdekat ini juga kami mempunyai beberapa kerjasama bersama jenama tempatan seperti jenama barang kemas terkemuka, Habib Jewels,” katanya.

Selain itu, CJ Wow Shop juga sering dilihat menjadi pilihan pengguna di rumah juga disebabkan penampilan oleh selebriti tempatan yang mengacarak­an program yang disiarkan secara langsung dan ulangan itu.

“Pilihan untuk selebriti untuk mengendali­kan program ini adalah strategi yang tepat kerana selain populariti mereka juga dapat mempromosi­kan produk dengan baik,” katanya.

Strategi itu turut diperkukuh­kan dengan penyertaan bintang Running Man, Ji Suk-jin dan Yang Sechan menjadi ‘jurujual’ di CJ Wow Shop bersama dua lagi artis ternama K-pop, JEA daripada kumpulan Brown Eyed Girls dan Sung-jong (INFINATE) dalam program Sales King TV di TV9, Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia