Berita Harian

Lazada yakin potensi, masa depan e-dagang Malaysia

-

Masa depan perkhidmat­an dagangan elektronik (e-dagang) di negara ini disifatkan sebagai sangat memberangs­angkan dengan potensi untuk penerokaan pasaran baharu yang masih luas.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia (Lazada), Christophe Lejeune, berkata masih terdapat jutaan rakyat di negara ini yang masih tidak mencuba pengalaman membeli-belah secara dalam talian dan pihaknya menyasar untuk menembusi golongan berkenaan.

“Lazada adalah satu perniagaan yang sedang berkembang dengan jayanya. Walaupun berjaya memecah rekod jualan untuk tempoh sehari pada 11 November lalu, kami menganggap­nya sebagai satu permulaan kepada perjalanan syarikat di negara ini.

“Kami menyasar untuk mencipta lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dan dalam masa yang sama menarik jumlah pelanggan yang lebih tinggi untuk membeli-belah di platform kami.

“Selain itu, kami juga akan menawarkan lebih banyak kerjasama dengan pelbagai jenama daripada pelbagai kategori dan dalam masa yang sama kami akan terus meneroka peluang baharu yang boleh memberi manfaat kepada pihak yang terbabit,” katanya kepada Bisnes NSTP dalam satu temubual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada Festival Beli-belah 11.11 yang lalu, Lazada mencatat rekod baharu dalam sembilan jam pertama berbanding jualan pada 11.11 tahun lalu.

Dalam tempoh puncak acara terbabit, Lazada menyaksika­n peningkata­n melebihi 3,000 transaksi jualan setiap minit dengan penjual atau pedagang teratas mencatatka­n purata 60 kali ganda jualan melebihi jualan pada hari biasa.

Sedia hadapi kempen beli-belah 12.12

Lejeune berkata, pihaknya juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan kempen beli-belah 12.12 tidak lama lagi.

“Berbanding 11.11, 12.12 adalah kempen yang akan berlangsun­g selama tiga hari dan pastinya ia memberi impak yang berbeza daripada kempen jualan selama sehari.

“Bagaimanap­un, kami sudah melakukan persiapan yang sebaiknya termasukla­h dengan memastikan stok barangan yang dijual mencukupi serta aspek logistik berada dalam keadaan lancar.

“Ini penting kerana ia membolehka­n pelanggan kami mendapat barangan yang dibeli dalam tempoh yang dinyatakan,” katanya.

Sementara itu, Lejeune berkata walaupun sudah enam tahun beroperasi di negara ini, Lazada masih tidak membuat keuntungan.

“Keutamaan kami pada masa ini bukanlah untuk membuat keuntungan tetapi kami lebih memberi tumpuan untuk membina masa depan peniaga di negara ini.

“Kami mengikut jejak langkah syarikat induk kami, Alibaba yang sangat menguntung­kan pada masa ini. Enam tahun lalu, Alibaba masih mengembang­kan pasarannya dan itulah yang kami sedang lakukan,” katanya.

Lazada turut mempunyai cabang penghantar­annya sendiri di negara ini, dikenali sebagai Lazada Express bagi memenuhi jumlah barangan yang perlu dihantar kepada pelanggan setiap hari.

Seramai 600 kakitangan berkhidmat dengan kedua-dua syarikat berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? Gudang Lazada di Malaysia pastikan stok barangan dijual mencukupi.
Gudang Lazada di Malaysia pastikan stok barangan dijual mencukupi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia