Berita Harian

Gencatan perdaganga­n sementara As-china gagal lonjak pasaran

-

Februari dan hampir setiap tahun, pulangan pada Disember adalah positif terutama 30 saham komponen indeks FBM KLCI.

Bagaimanap­un, untuk minggu lalu, hanya tiga kaunter sahaja yang mencecah paras tertinggi 52 minggu iaitu SCIENTEX BHD RM9.43, WATTA HOLDING BHD RM0.75 dan COMPUTER FORMS (MALAYSIA) BHD RM1.34.

Di pasaran luar negara pula, Dow Jones jatuh sebanyak 529.87 mata secara mingguan kerana kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n, kenaikan kadar faedah dan juga pulangan bon jangka panjang yang merosot.

Di pasaran Hong Kong pula, Indeks Hang Seng ditutup -443 mata lebih rendah berbanding minggu sebelumnya. Indeks

Hang Seng telah meningkat selama enam minggu semenjak 29/10/2018.

Indeks Singapura, STI juga merosot -43.10 mata pada minggu lalu, manakala indeks Jepun, Nikkei, jatuh sebanyak -950.71 mata.

Untuk pergerakan harian,

FBM KLCI naik 19.86 mata untuk ditutup pada 1,699.72 pada

Isnin. Pasaran saham di Asia menyaksika­n kenaikan pada Isnin selepas Presiden Donald Trump dan Xi Jinping bersetuju untuk gencatan perdaganga­n sementara antara AS dan China.

Jumlah dagangan dan nilai pasaran jatuh kepada masingmasi­ng 2.518 bilion dan RM2.294 bilion. Semua indeks Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari itu dengan indeks Teknologi mencatat keuntungan yang besar.

Kaunter untung termasuk

MPI (RM10.92, +RM0.92), KESM (RM8.63, +RM0.60), UMW (RM5.40, +RM0.35), ARMADA (RM0.195, +RM0.035), MYEG (RM1.22, +RM0.11), JAKS (RM0.54, +RM0.04), HIBISCS (RM1.08, +RM0.08), AAX (RM0.23, +RM0.02), SIME (RM2.44, +RM0.15), TM (RM2.42, +RM0.09), GENTING (RM6.59, +RM0.31), AXIATA (RM3.95, +RM0.32), PENDAPATAN (RM1.51, +RM0.14), INARI (RM1.88, +RM0.23), dan UCREST (RM0.305, +RM0.035).

Pada Selasa, FBM KLCI turun -4.73 mata untuk ditutup pada 1,694.99. Pasaran saham di Asia sebahagian besarnya jatuh pada hari itu kerana ketidakpas­tian mengenai masa depan hubungan perdaganga­n As-china.

Jumlah dagangan dan nilai pasaran masing-masing jatuh ke 2.437 bilion dan RM2.085 bilion.

Semua indeks Bursa Malaysia ditutup merah dengan hanya Harta dan Pembinaan sahaja yang memcatat keuntungan.

Pada Rabu, FBM KLCI jatuh -6.72 mata untuk ditutup pada 1,688.27. Pasaran saham di Asia merosot selepas kejatuhan yang besar di Wall Street hari sebelumnya apabila pelabur bimbang mengenai potensi kelembapan ekonomi dan keadaan perang perdaganga­n As-china yang tidak menentu.

Jumlah dagangan dan nilai pasaran jatuh ke 1.751 bilion dan RM1.517 bilion. Indeks Bursa Malaysia ditutup merah kecuali Hartanah, Pengangkut­an & Logistik, dan Perkhidmat­an Kewangan.

Pada Oktober, Nilai eksport Malaysia meningkat 17.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y) untuk mencatatka­n rekod tertinggi sebanyak RM96.4 bilion.

Kenaikan itu didorong terutamany­a oleh kenaikan purata nilai unit produk petroleum ditapis dan nilai petroleum mentah, serta kenaikan nilai seunit gas asli cecair (LNG), menurut data yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jabatan itu berkata bahawa purata nilai unit petroleum bertapis meningkat 28.6 peratus pada Oktober, sementara purata nilai unit petroleum mentah meningkat 38.9 peratus. LNG menyaksika­n 29.5 peratus peningkata­n dalam nilai unit, walaupun jumlahnya turun sebanyak 4.4 peratus. Produk Elektrik dan elektronik yang menghasilk­an 39.8 peratus daripada eksport Oktober juga menyaksika­n kenaikan nilai 23.3 peratus dalam tempoh terbabit.

Bagaimanap­un, penurunan direkodkan untuk produk berasaskan kelapa sawit dan kelapa sawit. Eksport minyak sawit, merosot sebanyak

RM664.6 juta atau 15.5 peratus disebabkan oleh penguranga­n purata nilai seunit sebanyak 18.1peratus, apabila jumlah eksport meningkat 3.2 peratus.

Getah asli juga menyaksika­n penurunan sebanyak 2.8 peratus disebabkan penurunan sebanyak 15.4 peratus nilai unit purata, apabila volum eksport meningkat sebanyak 14.9 peratus.

Lebihan dagangan pada Oktober melonjak kepada RM16.3 bilion (AS$3.92 bilion), ini adalah lebihan dagangan yang terbesar pernah dicatatkan, berbanding RM15.3 bilion pada September.

FBM KLCI susut 4.93 mata kepada 1,683.34 pada Khamis. Penangkapa­n Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou di Kanada menggugat sentimen pasaran di Asia apabila pelabur menilai implikasi rantaian ekonomi dan bekalan pada waktu hubungan antara AS dan China yang tidak begitu bagus sekarang ini.

Jumlah dagangan dan nilai pasaran meningkat kepada masing-masing 1.964 bilion dan RM1.856000 bilion.

Indeks Bursa Malaysia ditutup merah kecuali Telekomuni­kasi & Media, REIT dan Tenaga.

FBM KLCI jatuh 2.80 mata untuk ditutup pada 1,680.54. Saham-saham di Asia kebanyakan­nya lebih tinggi pada hari Jumaat berikutan laporan cadangan Rizab Persekutua­n AS untuk memperlaha­nkan kenaikan kadar faedah.

Jumlah dagangan dan nilai pasaran jatuh ke 1.914 bilion dan RM1.507 bilion.

Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) merosot 0.1 peratus kepada AS$102 bilion pada 30 November 2018, daripada AS$102.1 bilion yang dicatatkan pada 15 November 2018. Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan satu kali hutang luar negeri jangka pendek.

Mata wang asing, yang adalah sebahagian besar rizab, turun kepada AS$96.3 bilion daripada AS$96.4 bilion sebelum ini, sementara kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabang­sa tidak berubah pada AS$ 00 juta.

Juga tidak berubah adalah hak pengeluara­n khas pada

AS$1.1 bilion, emas pada

AS$1.5 bilion dan aset rizab lain, iaitu AS$2.2 bilion.

Jumlah aset bank turun kepada RM445.903 bilion daripada RM446.627 bilion, manakala mata wang dalam edaran naik kepada RM103.717 bilion daripada RM102.469 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia