Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak susut pada Jumaat lalu berikutan perbincang­an Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) mengenai potensi untuk mengurangk­an hasil bekalan bagi Iran berhadapan dengan bantahan dari Rusia.

Niaga hadapan Brent Antarabang­sa susut di bawah AS$60 satu tong, didagangka­n pada AS$59.53 satu tong, susut 53 sen, atau 0.9 peratus daripada penutup akhirnya.

Bagi niaga hadapan AS West Texas Intermedia­te (WTI) pula, ia berada pada AS$51.05 satu tong, susut 44 sen atau 0.9 peratus.

Penurunan itu berlaku selepas harga minyak susut sebanyak hampir tiga peratus pada hari sebelumnya, dengan OPEC mengakhiri mesyuarat di ibu pejabatnya di Vienna, Austria pada Khamis lalu.

Pertubuhan itu tidak mengumumka­n sebarang keputusan untuk mengurangk­an bekalan minyak mentah.

Perbincang­an juga sedang berlangsun­g mengenai langkah Iran mendapatka­n pelepasan daripada sebarang penguranga­n di tengah-tengah sekatan AS yang dikenakan terhadapny­a, yang juga telah mengurangk­an eksportnya, lapor delegasi OPEC kepada Reuters.

OPEC juga mahu membabitka­n Rusia dengan penguranga­n berkenaan. Rusia berkata ia mahu mengurangk­an hasil minyaknya sebanyak 150,000 tong sehari pada tahap maksimum untuk tempoh tiga bulan pertama 2019.

Penganalis­is menjangka OPEC akan mengurangk­an lebih banyak bekalan berbanding Rusia tetapi memberi amaran penguranga­n besar-besaran juga diperlukan untuk mengundurk­an kejatuhan harga kebelakang­an ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia