Berita Harian

Faktor luaran jejas pasaran

Bursa Malaysia dijangka diniaga dalam julat sempit, berlegar antara paras 1,680 hingga 1,700 mata

-

gan China bernilai AS$200 bilion, manakala Xi bersetuju untuk membeli jumlah yang tidak dinyatakan, tetapi “amat besar” produk pertanian, tenaga, perindustr­ian dan lain-lain dari AS.

“Bagaimanap­un, hasil daripada G20 hanya memainkan peranan yang kecil. Pasaran dunia akan memantau keputusan Rizab Persekutua­n AS mengenai kenaikan kadarnya tetapi pada masa ini, ekonomi AS lemah dan mempunyai potensi untuk berhenti seketika untuk menaikkan kadar.

“Bagi pasaran saham AS, kita akan melihat lebih banyak wang yang mengalir keluar dari ekuiti AS, sebahagian­nya mungkin mengalir ke Asia tetapi kebanyakan­nya akan disalurkan ke pasaran bon,” katanya kepada Bernama.

Yee menyatakan harapan indeks barometer di Bursa Malaysia akan mengakhiri tahun ini pada paras 1,800 tetapi beliau meragui ia akan berlaku, terutama dengan penurunan yang dilihat pada pendapatan selepas suku ketiga 2018.

“Kami meletakkan sekitar paras 1,780 untuk indeks KLCI. Satu-satunya yang positif di bursa tempatan ialah tambahan dua konstituen baharu, iaitu AMMB dan Top Glove, menggantik­an TM dan KLCCP.

“Dua saham ini akan memberi lebih kestabilan (berbanding TM dan KLCCP),” katanya, sambil menambah AMMB antara saham yang berbaloi untuk dibeli menjelang akhir tahun.

Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan kebanyakan­nya rendah berikutan faktor luaran, termasuk keyakinan pelabur yang tidak stabil mengenai perjanjian perdaganga­n As-china yang sedang berjalan, selain pengumuman mengenai kenaikan kadar faedah yang perlahan daripada Rizab Persekutua­n AS.

Pasaran saham tempatan turut dipengaruh­i oleh prestasi Wall Street dan pasaran serantau, serta harga minyak mentah.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi 0.68 mata kepada 1,680.54.

Indeks FBM Emas merosot 6.80 mata kepada 11,597.54, Indeks FBMT100 susut 0.13 mata kepada 11,479.92 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 25.21 mata kepada 11,608.23.

FBM 70 turun 18.92 mata kepada 13,522.99 dan FBM Ace susut 80.04 mata kepada 4,684.39.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan bertentang­an dengan trend, naik 65.82 mata kepada 17,435.04, bagaimanap­un Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an susut 1.39 mata kepada 169.04, manakala Indeks Perladanga­n merosot 18.16 mata kepada 6,835.11.

Berbanding Jumaat kepada Jumaat, dagangan mingguan susut kepada 10.81 bilion unit bernilai RM9.4 bilion daripada 10.84 bilion unit bernilai RM13.13 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama sebanyak 7.72 bilion unit bernilai RM8.58 bilion berbanding 7.72 bilion unit bernilai RM12.47 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.87 bilion unit bernilai RM462.77 juta daripada 1.83 bilion unit bernilai RM414.34 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 990.56 juta saham bernilai RM211.72 juta berbanding 1.25 bilion saham bernilai RM257.08 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia